Followers

Friday, May 20, 2005

Aku menulis

Sejak kebelakangan ini adalah dua tiga orang yang rajin jenguk blog aku. Aku ucapkan terima kasih sebab sudi masuk dan bagi komen yang membina. Salah seorangnya ialah Anonymous. Aku tak tau sapa budak nie.. Lain kali pless write u name ataupun sekiranya mempunyai blog ataupun laman web sila sertakan. Bukan apa cuma senang lain kali aku nak membalas. Sekarang ni anti amerika berlaku dimana mana. Hal ni tercetus disebabkan timbulnya kes menghina al-quran di kem tahanan perang iraq. Rusuhan bermula di afghanistan dan sekarang berlaku di pakistan. Di indonnesia juga berlaku tunjuk perasaan dan nasib baiklah tidak berlaku perkara yang serupa di malaysia. Aku bukannya menyokong A.S tetapi bagi aku kalau kita merusuh ataupun membuat sesuatu mengikut perasaan yang rugi adalah kita. Bagi aku lebih baik kita menggunakan diplomasi dari rusuhan kerana perkara ini mencerminkan yang orang islam tidak bertamadun. Berlaku sedikit kes terus merusuh,membakar barang macam yang pernah terjadi di malaysia dulu. Kononnya berlaku reformasi tapi sampai sekarang tak ada apa perubahanpun. Akhirnya parti politik tu terus tenggelam sampai sekarang. Baru nie berlaku satu kemalangan yang menyayat hati di Kg Rantau Panjang kelang. Seorang pelajar sekolah darjah satu meninggal dunia digilis sebuah lori depan mata emaknya semasa melintas jalan. Pemandu lori tersebut dipukul teruk dan lori itupun dibakar oleh penduduk kampung. Aku memang menyokong perbuatan penduduk kg yang membakar lori dan membuat halangan di jalan tersebut. Kalau tidak berbuat demikian sampai bila pihak berwajib tidak akan mengambil tindakan tegas terhadap pengguna jalan raya seperti lori. Aku harap perkara ini tidak akan berulang lagi dimasa depan. Aku tak sangup melihat anak bangsa malaysia mati kerana digilis kenderaan semasa melintas...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...