Followers

Wednesday, March 16, 2005

Peristiwa penting sepanjang Safar

SAFAR adalah bulan kedua dalam kalendar Islam. Safar ertinya kosong.Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang Arab sering meninggalkan rumah mereka kosong untuk berperang dan menuntut pembalasan ke atas musuh mereka.Pada Safar banyak berlaku peristiwa besar dan penting. Nabi Muhammad SAW bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid pada Safar. Peristiwa itu berlaku sebelum Nabi dilantik menjadi rasul.Peristiwa lain adalah:
Kebenaran berperang, ia dilaksanakan pada tahun ke-2 Hijrah.Peperangan pertama yang disertai Rasulullah adalah Wudan atau Abwak bagi menentang kekufuran.
Peperangan Bik Ma'unah.Ia berlaku pada tahun ke-4 Hijrah, di bawah pimpinan Al Munzir bin ‘Amr As Sa'idiy yang ditugaskan untuk berdakwah dan mengajar agama Islam dan al-Quran kepada Bani ‘Amir. Peperangan ini disertai 40 sahabat Rasulullah.
Tragedi Ar Raji’.Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-3 Hijrah (atau keempat pada satu pendapat). Seramai tujuh sahabat baginda diutus bagi mengajar agama Islam kepada kaum ‘Udal dan Al Qarah, tetapi mereka mengkhianati perutusan itu dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan bernama Ar Raji’ di daerah ‘Usfan (kawasan antara Makkah dan Madinah).Antara yang menyertai perutusan itu Khubaib bin ‘Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, ‘Asim bin Thabit dan Zaid bin Ad Dathanah. Semua sahabat dibunuh di tempat serangan, kecuali Khubaib bin ‘Adiy yang dibawa ke Makkah dan dibunuh di sana.Beliau adalah orang yang pertama menunaikan solat dua rakaat sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.
Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi).Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-7 Hijrah yang turut disertai 20 sahabat wanita antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd Mutallib dan Ummu Aiman.Seramai 15 sahabat gugur syahid manakala pada pihak Yahudi pula seramai 73 orang terbunuh. Orang Yahudi pada mulanya merasakan bahawa mereka tidak boleh ditewaskan kerana keteguhan kubu, jumlah alat kelengkapan senjata dan bilangan mereka yang ramai.
Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke-13 Hijrah di pinggir bandar Damascus, Syria di bawah pimpinan Khalid bin Al Walid.
Pelantikan Abd Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.
Kewafatan panglima Islam Salahuddin Al Ayyubi pada 27 Safar 589 Hijrah.
Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad ke tangan puak Tartar pada tahun 656 Hijrah. Di sana terbunuhnya Khalifah ‘Abbasiah Al Mu’tasim Billah, ahli keluarganya, orang kenamaan negara dan ratusan ribu orang Islam dengan kemusnahan beribu-ribu kitab Islam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...