Followers

Wednesday, February 09, 2005

Kes serbu pusat hiburan disiasat

PUTRAJAYA: Pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), jika dakwaan mereka bertindak kasar ketika membuat serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara baru-baru ini, terbukti benar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata perkara itu sedang disiasat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jawi sendiri.“Sebaik siasatan selesai, ia akan dikemukakan ke pejabat saya dan kemudian akan dibawa kepada pihak berkuasa berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, semalam.Beliau enggan mengulas lanjut apakah bentuk tindakan yang akan dikenakan atau sama ada benar berlaku perbuatan kasar seperti didakwa oleh sesetengah pihak.Abdullah bagaimanapun mempertahankan tindakan serbuan di pusat hiburan di Jalan Ampang itu dan menegaskan bahawa pegawai Jawi melakukan tugas mereka dengan baik.“Mereka melakukan operasi dengan baik tapi sudah tentu masih ada ruang untuk diperbaiki,” katanya.Khamis lalu, Abdullah berkata, Pejabat Peguam Negara diberi dua minggu untuk menyediakan laporan tindakan Jawi menahan hampir 100 remaja di pusat hiburan itu, sebelum dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan.Mengikut kenyataan saksi, pegawai penguat kuasa Jawi dikatakan menyerbu kelab malam terbabit selepas tengah malam dan mematikan muzik di situ.Mereka kemudian mengarahkan pengunjung beragama Islam naik ke dalam lori, sebelum menahan mereka dalam lokap di Ibu Pejabat Jawi, selama 10 jam.Ketika itu juga, beberapa pegawai Jawi didakwa menghina pengunjung wanita berikutan pakaian mereka yang kurang sopan, termasuk mengambil gambar mereka.Selain itu, penguat kuasa terbabit juga didakwa tidak membenarkan seorang wanita yang meminta izin untuk ke tandas bagi membuang air kecil.


P/s : Benda nie aku malas nak komen sebab aku sendiripun tak tahu apa cerita..Aku dah lama tak tengok berita. Bila aku tahu jee JAWI dah nak kena saman..Nantilah kalau aku cerita sebenar aku storykan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...