Followers

Monday, December 27, 2004

Kena cerai talak tiga 15 minit selepas nikah

JOHOR BAHRU: Ikatan perkahwinan sepasang pengantin baru hanya bertahan kira-kira 15 minit apabila pengantin lelaki secara tiba-tiba menggugurkan cerai talak tiga di hadapan tetamu yang hadir pada majlis pernikahan mereka di Ulu Tiram, dekat sini, malam kelmarin

Pengantin lelaki yang berusia 20 tahun itu bertindak meninggalkan majlis selepas diijabkabulkan di rumah keluarga pasangannya di Batu 16 1/2, Jalan Haji Sanlawi, Sungai Tiram, kira-kira jam 10 malam.Sebaik saja selesai upacara pernikahan yang disaksikan kira-kira 1,000 tetamu, pengantin lelaki dikatakan terus masuk ke dalam kereta dan tidak mahu bersanding untuk majlis berinai bersama bekas isterinya.Walaupun dipujuk bekas isterinya, Siti Nor Hajjar Mohamad Yusoff, 21, supaya menunggu sebentar untuk majlis berinai, pengantin lelaki terus masuk ke dalam kereta Proton Perdana V6 berwarna hitam begitu juga 15 ahli rombongannya yang semuanya lelaki.Pengantin perempuan mengejar bekas suaminya sambil memujuk supaya keluar dari kereta untuk meneruskan majlis berinai tetapi lelaki itu berdegil dan mendiamkan diri dalam kereta.“Saya terus pujuk bekas suami supaya tunggu kerana dia sudah bersetuju untuk bersanding tetapi dia hanya mendiamkan diri dalam kereta.“Saya berpaut pada kereta supaya dia tidak pergi tetapi dia terus menggerakkan keretanya...nasib baik ibu dan seorang saudara menarik jika tidak mungkin kaki saya digilis tayar keretanya,” katanya yang lebam di lengan kirinya.Selepas itu, katanya, bekas suaminya menjerit dengan kata-kata yang kurang sopan seterusnya menceraikannya dengan talak tiga yang turut didengar oleh tetamu yang sedang menikmati jamuan.Siti Nor Hajjar yang ditemani ibunya, Umi Kalsom Sulong, 44, ketika ditemui di rumahnya berkata, bekas suaminya dibawa ke balai polis oleh anggota polis yang datang ke rumah keluarganya dengan diiringi bekas ibu mentuanya.Namun, dia sendiri tidak mengetahui punca bekas suaminya bertindak demikian sehingga seluruh keluarganya menanggung malu akibat perbuatan bekas suaminya.Pasangan berkenaan sudah mempunyai seorang anak perempuan yang berusia kira-kira setahun tiga bulan.Difahamkan, pasangan itu pernah bernikah dipercayai menggunakan perkhidmatan sindiket di Kuantan, Pahang pada 8 Jun 2003 ketika Siti Nor Hajjar sedang mengandung kira-kira empat bulan.Siti Nor Hajjar berkata, dia melarikan diri dan meninggalkan keluarganya bersama bekas suaminya sejak tiga tahun setengah lalu dan hanya kembali semula ke pangkuan keluarganya untuk menyambut Aidilfitri, Ramadan lalu."Selepas balik ke pangkuan keluarga saya ingin memulakan kehidupan baru dan bekerja sebagai operator pengeluaran."Namun, bekas suami selalu hubungi sambil berkata dia rindu terhadap saya dan anak dan bersetuju untuk mengadakan majlis pernikahan mengikut undang-undang."Pada 4 Disember lalu, keluarga bekas suami datang ke rumah untuk meminang dan bersetuju bernikah pada 25 Disember dengan wang hantaran RM8,000 serba satu."Wang hantaran bernilai RM5,000 sudah dihantar dengan cek sebelum majlis, malah dia sudah bersetuju untuk bersanding tetapi apa tujuan dan niat dia menceraikan saya sedemikian yang tidak beradat selepas kedua-dua keluarga sudah bersetuju dalam perbincangan," katanya.Siti Nor Hajjar berkata, bapanya, Mohamad Yusoff Ayim sudah membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Tiram dengan tindakan bekas suaminya yang memalukan keluarga serta demi melindungi keselamatannya.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...