Followers

Monday, December 20, 2004

Jenis solekan yang sesuai

Saya menghadapi masalah dalam menentukan jenis solekan apakah yang sesuai dengan kulit muka saya. Kulit saya hitam manis. tidak terlalu cerah & tidak terlalu gelap. Muka saya agak berminyak di area zon t terutama sekali ia semakin ketara jika saya berpeluh. Walau bagaimanapun muka saya tidak menghadapi masalah jerawat. warna kulit muka saya gelap sedikit berbanding dengan bahagian leher & dada yang lebih cerah (warna kulit tak sekata). soalan saya:


1) apakah jenis solekan yang sesuai?
2) bagaimana memastikan solekan rata kerana warna kulit muka saya tidak sekata?
3) umur saya 23 tahun & saya gemarkan solekan yang tidak tebal & nampak natural. bagaimana untuk dapatkan jenis solekan begitu?


Nasihat Kami

Gunakan bedak asas Shine Free Maybelline supaya tone kulit muka tampak sekata dan rata.Ia juga akan mengawal minyak pada permukaan kulit. Untuk mendapatkan warna yang sesuai, sapukan sedikit bedak asas pada bahagian pipi dan pastikan warna bedak nampak sama dengan tone kulit.


Sapukan bedak asas pada bahagian tengah dan ratakan ke tepi muka.
Tambahkan Shine Free Loose powder selepas bedak asas.
Gunakan maskara Maybelline untuk menyerlahkan mata.


Untuk pastikan cara penggunaan, kunjungilah Kiosk Maybelline di Mid Valley.

.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...