Followers

Friday, December 31, 2004

Hari terakhirku disini..Selamat tinggal semua

Hari ini hari terakhir aku kat sini. esok aku balik ke pahang. Terasa sedih pulak bila dah sampai last day nie. Rasa sedih nak tinggalkan semua orang kat sini. Tadi kak Piah bagi duit rm 10.00. Akupun tak tahu kenapa. Kat sini aku belajar banyak benda. Walaupun lebih banyak rileks dari bekerja tapi aku sebenarnya happy. Walaupun aku selalu kata boring duduk kat sini tapi rileks sebenarnya sebab dapat main komputer free. Internet free, makan best. Semua akak ngan abang yang kerja kat sini baik-baik belaka. Tak lupa juga buat tuan Haji Omar sebab kasi can kat kitaorang budak praktikal main komputer.Kat sini juga aku belajar erti persahabatan, kerjasama dan juga sifat bertanggungjawab. Walaupun budak budak praktikal lain nie pening skit kepala diorang tapi semuanya ok dan satu kepala. Labu, chengq, Pak tam, Zila ngan Pit3. Korang memang best ler terutama kau chengq, ikut suka hati kau jee nak bukak komputer orang lain ambik kompenen dalaman kekekeke. Maybe lepas nie takkan jumpa korang lagi.Anyway aku wish semoga korang sukses kat kolej Komuniti Jempol tu nanti kekekeke. Malam nie juga tiada sambutan tahun baru kerana semua acara dibatalkan kerana peristiwa tsunami. Aku tetap jadi rancangan nak ke kuantan dengan member aku hari ahad nie walaupun awek aku dah tak ada kat kuantan. Sebenarnya awek aku sekarang belajar kat sungai buloh, Selangor. Dia nak jadi nurse so aku terpaksalah hormat dengan keputusan dia walaupun hati aku berat sebenarnya nak bagi dia pergi. Coz dia ambik masa tiga tahun ermm apa aku nak buat dalam tiga tahun nie yek..Ahhh aku nak upgradekan diri aku gak. Lepas nie aku akan ambik diploma and sure study giler giler punya. Esok umur aku jadi 21 tahun. Dah leh mengundi tapi kena tunggulah pilihanraya umum baru leh pergi mengundi. Aku rasa aku sempat ambihkan dipl dalam tiga tahun nie pastu nak carik kerja. Kumpul duit pastu kawin hahahaha nampak senang je plan hidup aku nie tapi tu target aku dalam jangka masa empat tahun. Umur 25 aku nak kawin kekekeke tapi tak tau sape kawin dulu sama ada aku dulu ataupun member aku si fariz sebab dia nie pun dah nampak nak mencabar aku kekekeke. ermmm panjang gak aku membebel hari niekan. Takpelah ini last day aku menconteng guna komputer ngan internet yang dibayar oleh kerajaan. Lepas nie main internet kena bayar sendiri. Ermm akupun tak tahu nak conteng apa lagi..Oklah semua aku chow dulu...maybe esok aku conteng lagi. Babai Uptm waaa sedihnya nak tinggalkan sini waaaaa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...