Followers
Thursday, November 11, 2004
Kenangan Pulang berhari Raya
Fuhhh Bila balik rumah pagi tadi seksanyalah rasa. Tak pernah rasa cam tu. Masa pagi tadi kat seremban ok lagi. bila sampai kat KL tu rasa sakit. Naik bas nak balik Bentong pukul 9.30 pagi. Dah lah kena berdiri ramai oranglak tu. Yang sakitnya masa jalan jem dari terowong dekat Genting Sempah. Memang teruk gile. Buat orang yang tak tahu genting Sempah tu sebenarnya kawan atau area sebelum nak ke Genting Highland. Start dari situ sampailah ke Bentong jalan Jem atau istilah baru menggunakan It ialah hang hahaha. MAkin teruk lepas tol bentong. Kereta bersusun cam semut jee bila tengok. Makin sakit rasa nak nanggispun ada bila kena ikut jalan jauh nak masuk Bentong. Entah siapa punya kerja jalan nak masuk kena tutup. Aku tak tahu apa tujuan mereka. Dalam keadaan panas bas kena pusing ambik jalan jauh baru boleh masuk Bentong. Kalau dalam keadaan biasa takpe ni dalam keadaan hang kereta bergerak seinci seminit waaa nak muntah berdiri dalam bas tadi. Aku sampai umahpun kol 12. Banyak betul membazir masa. Tapi dalam keadaan benggangpun ada gak yang buat aku masih bersemangat iaitu ada seorang awek tu fuhh cun betul. Sekali pandang macam lynn (lynn lagi). Betul sumpah cam lynn. Bila dia pakai tudung, pakai mekap sebijik macam lynn. Aku renung dia lama-lama dan aku yakin bukan lynn cuma seseorang yang seiras dia. Aku rasa mungkin adik dia gak(dia ada adik perempuan). Tapi tak silap aku dia terus pergi Raub(bas yang aku naik dari Kl terus ke Raub) Aku memang taknak tegur atau usha dia sebab aku rasa tu adik perempuan dia walaupun aku tak cam sangat adik dia. Lagipun hati aku dah tertutup nak bercinta dengan orang yang sama tempat dengan aku. Dihari raya terkenang daku kepada sidia. Kampungku indah nun jauh disana. Ayah serta bondaku.. ish ish sensitif betul bila nak raya ni. teringat kenangan manis bersama lynn tahun lepas serta first time beraya bersama awek tersayang..Terasa seolah-olah semua tu berlaku semalam je. Waa panjang juga aku tulis hari ni ye..Oklah akupun tak tahu nak tulis apa lagi hati aku tengah bercelaru ni..Nak layan feeling sesorang jap. Ok babai semua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment