Followers

Thursday, August 21, 2014

SEJARAH KESANG-MUAR DISERAH KEPADA JOHOR


MAHARAJA ABU BAKAR DIIKTIRAF SEBAGAI PEMERINTAH MUAR

Muar atau Kesang pada mulanya adalah sebahagian dari Negeri Johor, tetapi pada 10 Mac 1855 Kesang telah dijadikan sebuah negeri berasingan berikutan satu perjanjian yang dibuat antara Kerajaan Johor dengan Inggeris. Sultan Ali Iskandar telah dilantik menjadi Yang Dipertua yang pert...ama. Selepas kemangkatan Sultan Ali pada 20 Jun 1877, Kesang telah mengalami perubahan akibat perbalahan merebut kuasa di antara dua orang putera Baginda, lalu pada 24 Oktober, 1878 Inggeris telah melantik dan mengiktiraf Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah Muar, Kesang.

Perebutan kuasa di Kesang berlaku apabila Sultan Ali Iskandar telah meninggalkan wasiat supaya melantik Tengku Mahmud iaitu anak baginda dari orang kebanyakan menggantikan baginda. Wasiat ini telah menimbulkan kemarahan Tengku Alam anak dari isteri pertamanya. Tengku Alam berpendapat, beliau lebih berhak menggantikan Sultan Ali. Persengketaan menjadi lebih meruncing apabila penghulu dan ketua-ketua tempatan Muar meminta supaya Inggeris campur tangan. Pada 26 Nov. 1877

Gabenor Negeri-negeri Selat, Gabnor Anson telah memainkan peranannya meletakkan Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah Muar-Kesang dan terus mengiktiraf perlantikan itu pada hari ini dalam tahun 1878. Seterusnya pada 5 Feb. 1879, Maharaja Abu Bakar telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Raja Pemerintah Muar dalam istiadat di Johor Bahru. Pengisytiharan ini telah menimbulkan perpecahan di kalangan penghulu dan ketua-ketua tempatan Kesang-Muar yang masih menyokong kerabat Sultan Ali.

Peperangan telah berlaku antara angkatan kerabat Sultan Ali yang diketuai oleh Tengku Alam dengan Maharaja Johor di Jementah pada Oktober 1879 dan tamat pada penghujung tahun 1879. Peperangan ini telah meninggalkan kesan penting terhadap sejarah politik, dan ekonomi Johor kemudiannya, dan bermula dari tahun 1879 Kesang-Muar telah menjadi Jajahan (daerah) Johor hingga ke hari ini.

Siapa dia Sultan Ali?

Pada tahun1819 Stamford Raffles menandatangi perjanjain dengan Sultan Hussin (Tengku Long). Dengan perjanjian ini Sultan Husin menyerahkan Pulau Singapura kepada Inggeris. Sebagai balasan Sultan Husin menerima pampasan sebanyak…

Sultan Husin ini akhirnya mangkat dan dikebumikan di perkarangan Masjid Tengkerah, Melaka pasa tahun 1835 Salah seorang anak Sultan Husin ini ialah Sultan Ali. Beliau berusia 11 tahun ketika bapanya meninggal dunia. Sultan Ali dan sebahagian besar ahli keluarganya tinggal di Istana Kampung Gelam, di Singapura. Walaupun demikian Sultan ali ini kerap pergi ke Melaka kerana ada rumah keluarganya di Melaka dan di Melaka beliau mempunyai ramai kawan.Sultan Ali mentadbir wilayah antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar

Sejak kamangkatan bapanya beberapa krisis berlaku antaranya dengan Temenggong Johor yang didalangi oleh British. Akibat dari ini satu perjanjian dibuat dimana SultanAli hilang kuasanya kecuali beliau hanya diberi kuasa antara Sungai Kesang dengan Sungai Muar, berkeluasan lebih kurang 260 batu persegi. Kawasan ini dikatan satu kawan yang tidak banyak hasil sedangkan kawasan lain banyak hasil terpulan kepada Temenggung.

Walaupun ada istana di Kampung Gelam beliau kerap berulang alik dari Istana Kampung Gelam. Singapura ke Melaka melalui laut. Perahu yang digunakan sering singgah di mana-mana pantai untuk mengambil air atau membersihkan diri.

Sultan Ali berkahwin dengan gadis Umbai, Melaka

Pada satu hari beliau telah masuk ke sebuah sungai di Umbai iaitu sungai Solok Minyak atau Kampung Pasal. Beliau berhenti untuk mengambil air minum. Kebetulan pada waktu itu terdapat gadis-gadis kampung juga sedang mengambil air. Beliau terlihat ada seorang gadis desa yang amat jelita. Beliau bagitu tertarik dengan gadis tersebut.

Gadis tersebut ialah Sembok Binti Mokmin, anak seorang nelayan di kampung Umbai. Sultan Ali akhirnya telah masuk meminang dan berkawin dengan Sembok Binti Mokmin. Sejak itu beliau selalu tinggal di rumah bapa mertuanya di Kampung Umbai.

Sebagai seorang pemerintah antara Sungai Kesang dan Muar beliau sering melawat kawasan tersebut, Sejak penjanjian 1885 beliau telah berpindah ke Umbai. Beliau mengtadbir kawasan jajahannya dari Umbai.

Sultan Ali membina Istana di Umbai

Beliau akhirnya bercita-cita untuk membina sebuah istana di Umbai. Banyak bahan-bahan binaan telah dibeli. Malangnya beliau meninggal dunia sebelaun cita-citanya mendirikan sebuah istana terkabul.

Oleh itu segala bahan binaan telah diwakafkan untuk binaan masjid Kampung Umbai.

Peristiwa Kemangkatan Sultan Ali di Umbai .
(20 Jun 1877)

Sultan Ali mangkat di Umbai pada 20 Jun 1877. Kemangkatan beliau telah menimbulkan banyak masalah. Mengikut adat istiadat Melayu puteranya, sebagai pengganti sultan mestilah hadir ketika perkebumian. Malangnya puteranya Tengku Alam tidak mahu hadir sebelum Inggeris melantik beliau sebagai “Sultan” menggantikan bapanya. British sengaja tidak mahu melantik Tengku Alam sebagai pengganti sultan. Oleh itu Tengku Alam yang berada di Istana Kampung Gelam enggan pergi ke majlis pengkebumian bapanya Sultan Ali di Umbai Melaka.

Mayat Sultan Ali terbujur di rumah selama lebih kurang 2 minggu. Mengikut catatan sejarah kerandanya terpaksa ditambah tanah dan menjadi bagitu berat. Beliau akhirnya dipujuk oleh Mahajara Abu Bakar, Johor supaya hadir le Majlis pemakaman itu. Dengan menaiki kapal Maharaja Abu Bakar beliau akhirnya datang tetapi melihat dari jauh sahaja. Beliau bagitu keciwa tidak dilantik sebagai sultan menggantikan bapanya dan akhirnya kawasan jajahan bapanya antara Sungai Kesang dan Sungai Muar pun hilang.

Beliau dimakamkan di sebuah kawasan yang beliau sendiri mengwakafkan dan kawasan itu digunakan oleh keluarga isteri beliau. Namun demikian penduduk tempatan dibenarkan dikebumikan dikawasan tersebut tetapi perlu dikenakan bayaran dan bayaran itu untuk dikhairatkan ke masjid Umbai.

Putera-Putera Sultan Ali dengan Puan Sembok

Berbalik kepada perkahwinan Sultan Ali dengan Puan Sembok Binti Mokmin, beliau dikurniakan dengan 6 orang anak. 3 lelaki dan orang perempuan. Mereka terdiri dari Tengku Chik, Tengku Putih, Tengku Putera, Tengku Ipah, Tengku Zainab dan Tengku Mariam.

Apabila Sultan Ali mangkat Cik Sembok serta anak-anaknya pindah dan tinggal di Istana Kampung Gelam hingga kini.

Dengan mangkat Sultan Ali hilanglah semua kuasa Sultan Hussin yang dengan sengaja direka oleh Inggeris untuk mendapatkan Singapura. Keluarga dan waris-warisnya hilang segala-galanya kecuali sebuah istana usang di Kapung Gelam Singapura. Kini waris Sultan Ali menyara hidup seperti orang biasa.

Sultan Husin meninggal di Melaka dan dibebumikan di Tengkera dan anaknya Sultan Ali meninggal di Umbai juga di Melaka dan dikebumikan di Umbai.

Moga-moha Allah cucuri rahmat ke atas roh-roh mereka. - SUMBER

3 comments:

Anonymous said...

bodo betul kan.. gadai satu daerah muar dan kesang pada Ceti india. Last sekali tak mampu bayar, inggeris n maharaja abu bakar masuk campur, dan sbg balasan iktiraf baginda sbg dinasti baru.

Alan said...

Pemimpin melayu mudah lalai

Unknown said...

Dia tidak gadai apa2 ke ceti. Itu cerita rekaan. Dia ditipu oleh English dan Maharaja Abu Bakar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...