Followers

Tuesday, January 07, 2014

BUNUH DIRI SELEPAS MEMBUNUH ISTERI


KLANG 6 Jan. - Hasrat sepasang suami isteri untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di sebuah hotel di sini bertukar tragedi apabila kedua-duanya menemui ajal dalam keadaan mengerikan.

Norazlina Mohamed Saaid, 49, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di kepala dan kelaran di leher dipercayai dilakukan oleh suaminya, Ghazalee Ahmad, 58.

Ghazalee yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas dipercayai mengelar lehernya sendiri.

Kejadian pada pukul 5 pagi itu disedari oleh seorang pekerja hotel yang terdengar jeritan Norazlina. Saksi yang bergegas ke bilik mangsa ternampak Ghazalee sedang menikam isterinya yang cuba melarikan diri dari dalam bilik hotel.

Dia kemudian bertindak melaporkan kejadian kepada polis. Difahamkan, pasangan itu dilaporkan mendaftar masuk ke hotel tersebut pada pukul 11.45 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, anggotanya yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan menemui mayat Norazlina terbaring di lantai dengan kesan tikaman dan kelaran di leher.

Menurutnya, suami mangsa pula ketika itu sedang duduk di atas katil dengan hanya memakai seluar pendek dalam keadaan berlumuran darah dipercayai mengelar lehernya sendiri selepas membunuh isterinya.

"Suami mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini. Pemeriksaan polis di tempat kejadian turut menemui sebilah pisau dan tukul yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Apa nak jadi dengan manusia sekarang ni. Bodoh berbakul bakul. Dah ler bunuh isteri. Lepas tu bunuh diri pulak. Teruk lah nasib kau lepas ni kat alam sana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...