Followers

Wednesday, August 28, 2013

LAGU DAN KENANGAN


Kebelakangan ini sebuah lagu dari Indonesia telah menjadi hits bukan sahaja disana malah sehingga Malaysia juga. Penyanyi cilik yang dikenali sebagai Tegar popular dengan lagu Aku Yang Dulu. Dan semalam seorang rakan ofisku bercerita mengenai anak anaknya yang suka kepada lagu ini. Malah dia berkata budak zaman sekarang kecil kecil lagi sudahpun pandai mendengar lagu lagu baru.

Aku hanya dia mendengar dia bercerita. Dalam pada itu aku berfikir rasanya bukan sahaja kanak kanak sekarang yang kenal muzik, aku semasa kecil dahulu juga sudah kenal lagu lagu yang popular ketika itu. Ingat lagi suatu ketika dahulu aku cukup suka kepada lagu "Masih Aku Terasa" dari kumpulan Gersang. Lagu itu popular pada tahun 1988 dimana aku berumur 4 tahun. Jika keluar saja lagu ni di radio ataupun di tv, sudah pasti aku akan menyanyi sekuat hati.

Penghujung tahun 80an dan awal 90an begitu banyak artis artis yang popular waktu itu. Aku juga suka kepada lagu "Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu" - Ramlah Ram. Juga kepada lagu "Isabella nyanyian Search, Jamal Abdillah, Iklim dan banyak lagi.

Manakala lagu inggeris yang aku suka waktu itu adalah dari kumpulan Roxanne -"It Must Have Been Love", lagu "Take My Breath Away" dari soundtrack TopGun, "Ice Ice baby" - Vanilla Ice, "I Will Always Love You" - Whitney Houston dan banyak lagi. Paling tak boleh lupa kumpulan New Kids On The Block. Dorang jadi satu fenomena diseluruh dunia ditahun 90an.

Jika ditahun 80 dan 90an pun aku sudah mendapat pendedahan dengan lagu, apatahlagi di zaman teknologi maklumat tanpa sempadan ini sekarang. Malah kanak kanak sekarang lebih hebat kerana bukan sekadar lagu melayu dan inggeris yang mereka tahu sebaliknya sampai lagu koreapun mereka kenal. Hebat hebat.

1 comment:

Anonymous said...

Aku ingat hang suka lagu rabbani. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...