Followers

Wednesday, June 12, 2013

Malaysia Sudah Dijajah


Seremban: “Saya tiada bos (tauke) dan semua barangan ini milik saya,” kata seorang peniaga warga Kemboja dengan angkuh apabila ditanya anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Seremban (MPS) ketika operasi bersepadu pelesenan di Senawang, dekat sini, malam kelmarin.

Lelaki berusia 25 tahun itu yang terkejut dengan operasi itu dilihat gagal menunjukkan MyKad ketika diminta anggota penguat kuasa MPS, tetapi memiliki kad pengenalan Kemboja.
Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa kemudian merampas barangan jualannya berupa kasut, beg tangan dan pakaian wanita bernilai hampir RM20,000.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Pelesenan dan Pembersihan MPS Anidah Nazri berkata, operasi bersepadu itu adalah kali pertama dilakukan tahun ini. Katanya, 27 peniaga termasuk warga Kemboja terbabit diperiksa dalam operasi bermula jam 8 malam hingga 10.15 malam dan diberi notis kompaun atas kesalahan berniaga tanpa lesen di ‘Uptown’ Dataran Senawang.
“Peniaga Kemboja itu menyewa dua khemah bagi menjual kasut dan beg tangan wanita berharga RM10 hingga RM25 seunit serta pakaian wanita berharga RM20 hingga RM50 sepasang.

“Tapak Uptown di Dataran Senawang ini tidak pernah diberikan kebenaran kepada penganjur dan kerana itu notis kompaun tetap diberikan kepada semua peniaga di sini.
“Peniaga yang barang mereka disita boleh mengambil semula barangan terbabit selepas membayar kompaun di pejabat MPS. Penganjur juga mesti tahu bahawa warga asing tidak dibenarkan berniaga di Uptown atau di pasar malam dan tindakan akan diambil jika ingkar,” katanya.

Apa punya bodohlah penguatkuasa dan Imigresen Malaysia ni. Pendatang asing pun tak dapat nak halang. Sudahlah dorang masuk tu payah nak halang, yang dah terlepas dalam Malaysia inipun tak nak tangkap. Waktu cuti umum, punyalah ramai pendatang di bersepah. Pegawai Imigresen langsung taknak datang check setiap mereka ni. Padahal aku yakin benar, dorang ni memang takde pasport dan dokumen perjalanan. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...