Followers

Sunday, June 16, 2013

Awan Nano ?

Kisah ni kisah dua minggu lepas. Aku pergi Kuantan ada kerja sikit. Masa nak balik, aku tumpang kereta kawan. Dalam masa nak balik tu entah macam mana kereta kawan aku tu ada masalah enjin. Tiba tiba enjin mati dan tak boleh nak start.

Terpaksa telefon pihak peronda MTD nak tarik kereta tu sampai tol Temerloh. Mula mula orang tu macam blur je nak tarik macam mana. Akupun pelik tengok orang tu. Macam baru kerja ke hapa. Siap tanya kitaorang pulak macam mana nak tarik kereta tu. Aduss.





Tapi dia blurr tak lama. Agaknya dia dah nampak macam mana nak tarik, barulah dia buat kerja dia. Pasang alat alat dia, siap boleh tarik dah kereta.





Masa dalam kereta tu, cuaca memang mendung semacam. Entah macam mana, aku nampak awan tu cantik sangat. Macam sesuatu naik ke langit, masuk kedalam awan.

Sampai kat tol Temerloh, hujan turun selebat lebat apa. Ribut kuat kat bandar Temerloh. Kereta tadi hantar bengkel, akupun balik Bentong dengan bas. nasib baik bas last tak jalan lagi. Kalau tak, mahu aku sangkut kat Temerloh malam tu.

3 comments:

Anonymous said...

This article is actually a good one it assists new web viewers,
who are wishing in favor of blogging.

Also visit my web blog - übersetzung deutsch englisch online

shaFazie said...

maybe baru masuk kerja kot itu yang macam blur je..

Alan said...

ntah ler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...