Followers

Wednesday, May 22, 2013

Tragedi Elisya


Dah lebih 5 tahun aku bawa kereta. Ini ler kali pertama aku eksiden. hancur depan Elisya sebab sontot kereta orang. Sial betul rasa. Semua kereta tiba tiba brek emergency. Aku yang tengah layan kelajuan terus tekan brek.


Sampai rasa nak berdiri dah tekan brek tapi elok je Elisya meluncur pooommm terus hentak kereta Avanza kat depan yang dah sempat berhenti. Kereta itupun terus hentak sebiji lagi kereta Myvi kat depan dia. Nasib baik Myvi tu brek kuat. Kalau tak, mahu lagi 2 3 biji kereta join main langgar langgar.


Tergamam gila aku . Tak pernah lagi dalam sejarah hidup, aku bantai langgar kereta orang kaw kaw macam tu. Dah macam main domino pun ada. Kepala pula terhentak ke stering. Sakit tengkuk aku dibuatnya. Time tu pikir nak lari dah. Tapi Elisya pulak tak boleh start. Bila dah boleh start, terpaksa juga ke tepi. Nak lari macam mana, bonet dah bengkok dua, bumper remuk, radiator kemek. Kalau elok je semua, rasa macam nak lari hehehe.

Bincang bincang, kira semua settle balai, repair kereta masing masing claim insurans. Tapi aku ler kena saman sebab yang mulakan game domino ni. Kesian Avanza tu. Dia jadi mangsa tengah tengah. Bumper belakang kemek, lampu depan pecah. Myvi tu kemek sikit bumper belakang sebab kena hentak Avanza. Paling sedih Elisya ler. Remuk habis depan dia jadinya. Adoii macam macam hal ler...

3 comments:

Anonymous said...

Lepas ni kena guna Suzuki la. Ade lagi motosikal tu?

alan said...

xde dah..dah pulang balik..aku x suka motor..suka keta je :)

shaFazie said...

cian elisya...dugaan sbr k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...