Followers

Sunday, May 12, 2013

Keluarga Gadget ?


Aku tak pasti sama ada korang pernah terjumpa atau tidak, tetapi aku dah banyak kali jumpa. Jumpa satu keluarga yang gila gadget. Selalunya aku terjumpa semasa lepak di kedai mamak atau restoran. Dan malam tadi aku jumpa lagi manusia spesis ini.

Aku tak faham sama ada teknologi yang kita miliki sekarang sebenarnya merapatkan lagi hubungan keluarga ataupun tidak. Malam tadi misalnya, satu keluarga duduk menghadap gadget masing masing. Daripada ayah, emak sampailah anak. Semuanya duduk menghadap smartphone dan tablet masing masing walaupun duduk semeja kat mamak malam tadi.

Daripada pemerhatian aku semalam, mereka tidak banyak berinteraksi sesama sendiri. Kalau dirumah tu, aku tak tahulah. Tetapi di kedai semalam, masing masing leka melayan gadget sendiri. Apa gunanya keluar makan malam bersama sekiranya tidak gunakan peluang itu untuk bermesra sebagai satu keluarga ?

Dan perkara ini sudah menjadi satu senario biasa dikalangan masyarakat kita. Rakan rakan atau ahli keluarga didepan mata, tetapi lebih leka melayan smartphone atau tablet daripada berbual bersama. Mungkinkah hidup ini sudah terikat kepada alat teknologi seperti ini, akupun tak tahu.

Tetapi pada aku, perkara ini bukanlah suatu perkara yang sihat untuk kita, apatahlagi didalam keluarga. Jangan jadikan teknologi itu sebagai satu jurang diantara kita. Mungkin kita nampak "friendly" dialam maya, tetapi apakah itu sikap kita sebenarnya dialam realiti ?

Dalam kesibukan kita melayani gadget terkini, ada baiknya kita meletakkan sebentar alat itu dan bermesralah sesama kita seperti biasa. Kita sebagai manusia, perlukan sentuhan didalam komunikasi. Berbicara dari mata ke mata. Bukannya daripada skrin smartphone mahupun tablet. Kerana pada akhirnya, keluargalah yang akan membantu kita dkala kesusahan, bukannya rakan rakan dialam maya.

2 comments:

shaFazie said...

ada selalunya dekat kedai2 makan..

Alan said...

tau xpe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...