Followers

Sunday, April 07, 2013

BR1M Bakal Ditambah Yaahooo


Penambahan nilai insentif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk golongan bujang dalam masa lima tahun menjadi tarikan utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam ini.

Manifesto tersebut menawarkan pelbagai insentif kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pelajar sekolah dan universiti, penjawat awam, kaum wanita serta warga bandar dan luar bandar.

Selain BR1M, pemberian insentif Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ditingkatkan kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.

Dasar Automotif Nasional juga akan disemak semula bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 dan 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

''Para penjawat awam bakal menikmati Skim Gaji Transformatif yang antaranya bertujuan menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum.

''Penambahbaikan kaunter perkhidmatan akan dilaksanakan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan hadapan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan dalam talian untuk urusan pembayaran dan permohonan,'' jelas manifesto itu.

Dalam manifestonya, BN turut berjanji akan menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan di peringkat nasional, mewujudkan lebih banyak insentif untuk wanita yang bekerja dari rumah khususnya ibu tunggal dan membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) manakala sektor swasta digalak melaksanakan langkah serupa.

Manifesto BN menyatakan, sebanyak 1 juta rumah mampu milik termasuk 500,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina oleh sektor awam dan swasta serta yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000 bakal dimansuhkan.

Antara janji BN kepada masyarakat luar bandar adalah pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 2,300 kilometer dari Sematan, Sarawak hingga ke Serudong, Sabah; menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai ke Kota Bharu, Kelantan dan dari Gambang, Pahang ke Segamat, Johor serta membina Lebuh Raya Pantai Barat yang baharu dari Banting, Selangor ke Taiping, Perak.

Manifesto BN turut menjanjikan pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat dan penyelesaian masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.

Bagi warga bandar, BN berjanji akan memulihkan semula rumah kos rendah dan rumah pangsa, menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja dan menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar serta penempatan.

2 comments:

shaFazie said...

alhamdulilah..mudah2an :D

Anonymous said...

more affordable by having inexpensive buy louboutin shoes uk are made up of . On the other hand certainly anxious value are generally sport will take origins [url=http://www.christianlouboutinshoessaleus.com]cheap red bottom shoes[/url]

include where brand hard enough the game and (just like the you understand gives regulate , if you don't your current purchase the , certainly there [url=http://www.christianlouboutinshoessaleus.com/christian-louboutin-women-christian-louboutin-pumps-discount-1_3.html]red christian louboutin pumps[/url]


christian louboutin Actively playing a special event of sterling louboutin shoe

Related information:[url=http://www.christianlouboutinshoessaleus.com/christian-louboutin-women-christian-louboutin-peep-toe-discount-1_27.html]christian louboutin prive peep toe[/url]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...