Followers

Saturday, March 16, 2013

Chap Ayam


Aku tadi baru je pasang satu meter jenama Defi tapi cap ayam lah. Bukan Defi ori pun. Gila apa nak pasang barang ori dengan harga boleh tahan mencarut juga. Aku pasang meter Voltan. Kira nak check jumlah voltan bateri Elisya.


Pasang benda ni bukan sekadar nak tunjuk Elisya ni macam power cuma memudahkan aku memantau jangka hayat bateri kereta. Lagipun aku dah kena 2 3 kali bateri kong tak tentu pasal. Jadi bila pasang meter ni, senang aku tahu kalau bateri Elisya ni ada problem ke tak.

Kalau jarum tu dah turun bawah tahap 11, tu makna bateri Elisya dah lemau. Boleh kong bila bila masa. Setakat ini jarum tu masih bermain main dengan aras 12. Kira dalam bahaya juga ler ni huhuhu. Ini ler padah pakai bateri chap ayam, memang payah nak tahan sampai 2 tahun huhuhu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...