Followers

Wednesday, February 13, 2013

Kisah Hantu Shudan Borei


Cerita ini berdasarkan kisah benar yang dikenali sebagai Kyohaku Junior High School Drowning Incident.

Pada 28 julai, 1955, sekumpulan 36 orang pelajar perempuan telah lemas di laut. Daripada 9 mangsa yang selamat, 5 daripadanya mempunyai cerita yang sama.

Pada hari kejadian, pelajar pelajar berkenaan sedang mandi dan menjalankan latihan renang di laut. Pada mulanya mereka mendakwa cuaca adalah tenang dan laut tidak bergelora. Kemudian secara tiba tiba ombak mula menghempas kuat. Daripada deruan ombak, muncul sekumpulan lembaga manusia ditengah laut.

Daripada corak pemakaian lembaga itu, mereka mendakwa ianya adalah pakaian kerja tradisional wanita jepun. Keadaan lembaga itu amat mengerikan. Kelihatan air keluar mengalir dari mulut, hidung, mata dan telinga lembaga berkenaan. 

Pelajar pelajar berkenaan cuba berenang ke pantai tetapi mereka ditarik oleh ombak yang membawa mereka kepada lembaga lembaga berkenaan. Salah seorang daripada mangsa menceritakan, dia terasa kakinya dipegang dan cuba ditarik oleh lembaga itu kedalam air. Walaubagaimanapun, dia berjaya melepaskan diri tetapi ramai rakan rakannya yang tenggelam bersama lembaga berkenaan.

Cerita mangsa ini juga disahkan oleh pelajar pelajar yang berada di pantai. Mereka juga mengesahkan bahawa mereka melihat lembaga itu yang cuba menarik rakan mereka yang berada dilautan.

Selepas siasatan dijalankan, mereka menemui bukti sepuluh tahun sebelumnya, tentera Amerika telah mengebom kawasan berkenaan semasa perang dunia kedua. Akibat pengeboman itu, lebih dua ratus penduduk sekitar telah terbunuh. Dan mayat mayat berkenaan tidak dibakar sebaliknya dikebumikan didalam satu lubang besar dipantai serta upacara keagamaan juga tidak dijalankan.

Akibat kemalangan itu, pengetua sekolah telah ditahan pihak berkuasa dan dikenakan tuduhan kerana cuai sehingga menyebabkan ramai pelajar mati lemas. Walaubagaimanapun semuab tuduhan itu digugurkan. Sebuah kolam juga telah dibina disekolah berkenaan bagi mengelakkan pelajar menjalani latihan renang di laut.

Didalam tahun 1956, sebuah akhbar tempatan Ise, melaporkan berita mengenai mangsa mangsa pengeboman yang tidak mendapat pengebumian sewajarnya. Kerana itulah roh mereka muncul dan menarik pelajar pelajar berkenaan di laut. Pada tahun 1963, salah seorang mangsa telah menyiarkan artikel mengenai kejadian didalam majalah Joshi Jishin.

Sehingga hari ini, kawasan pantai berkenaan telah ditutup kepada orang awam. Setahun selepas kejadian, sebuah kuil telah didirikan dikawasan berkenaan sebagai tanda buat semua mangsa mangsa disana.

Diterjemah daripada hyakumonogatari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...