Followers

Tuesday, February 26, 2013

Cinta Di Hati


Aku sejak dulu sampai sekarang, memang susah mencari cinta. Soal penampilan itu adalah satu perkara. Seperkara lagi adalah kerana sikap. Sejak dulu aku sememangnya tidak pandai berkawan. Aku adalah seorang yang pasif, pendiam, suka menyendiri dan kadang kadang mungkin kasar juga.

Sebab itu aku tak ramai kawan perempuan. Aku bukan pemalu dengan perempuan, cuma kerana sikap aku yang kadang kadang melayan perempuan macam kawan lelaki, membuatkan perempuan rasa tak selesa.

Kerana sikap pendiam, aku juga tak pandai sembang dengan perempuan. Aku tak macam sesetengah rakan lain yang boleh bersembang apa saja dengan perempuan, boleh buat lawak dan ambil hati perempuan dengan kata kata. Aku bukan orang yang macam tu.

Kerana itulah bila ada masanya aku mempunyai seseorang yang ku sayang, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hubungan tu. Tapi setakat ini jodoh itu masih belum ada. Semua hubungan yang aku cuba bina, runtuh dipertengahan.


Ada sesetengah orang, mereka mudah bertemu dengan cinta. Ada cinta pandang pertama, ada dari rakan kepada kekasih dan tak kurang juga dari musuh menjadi sayang. Cinta adalah satu misteri. Yang walaupun nampak mudah tetapi ianya sesuatu yang sukar dimengertikan kerana ianya melibatkan hati dan perasaan.

Ada ketikanya, aku memendamkan rasa sayang pada seseorang. Bimbang boleh merosakkan hubungan persahabatan. Pernah suatu ketika dahulu, aku berbuat demikian. Bukan sahaja ditolak sebaliknya hubungan persahabatan menjadi renggang. Sejak itu aku tak lagi berbuat demikian. Biarlah segalanya berlalu begitu saja.

CINTA itu bagaikan BOLA KACA. PEGANGLAH ia dengan CERMAT. Seandainya JATUH, TAK MUNGKIN ianya boleh DISATUKAN kembali

1 comment:

Anonymous said...

sedih entri. :) cheer dude

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...