Followers

Wednesday, January 09, 2013

Buku Syed Mokhtar Albukhary


Aku baru saja selesai membaca sebuah buku biografi mengenai Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, seorang biliion melayu yang cukup terkenal di negara ini. Walaupun beliau memiliki kemewahan dan pelbagai buah syarikat namun sikap beliau yang merendah diri membuatkan beliau seakan akan tidak dikenali ramai.

Bermula daripada bawah, beliau memulakan perniagaan daging dan juga pengangkutan pada awal tahun 1970an. Beliau kemudiannya berjaya memecah monopoli perniagaan beras yang dikuasai oleh peniaga cina sekian lama. Beliau berjaya didalam dunia perniagaan kerana mengambil peluang yang ada didalam Dasar Ekonomi baru yang telah diilhamkan oleh Tun Razak pada tahun 1971.

Dari situ, beliau telah mengorak langkah didalam perniagaan sehinggalah berjaya memiliki beberapa syarikat besar seperti MMC, Drb-Hicom dan juga Pernas. Beliau juga merasakan setiap syarikat yang dimiliki, bukanlah untuk mengaut keuntungan semata mata. Sebaliknya untuk melindungi kepentingan bangsa melayu, menyediakan peluang pekerjaan dan juga kebajikan pekerja pekerjanya.

Bagi aku, walaupun buku ini mungkin tidaklah selengkap mana tetapi ianya tetap bagus dibaca. Sesuai untuk dijadikan sebagai bahan motivasi untuk generasi muda memulakan perniagaan ataupun melakukan apa sahaja pekerjaan.

"Krisis Ekonomi Asia 1997 turut meninggalkan kesan besar kepada saya. Saya turut dilanda kegawatan, dan ia menjadi lebih teruk kerana saya enggan melepaskan syarikat syarikat saya serta apa yang saya perolehi sebagai bumiputera dalam usaha untuk menyelesaikan hutang saya. Ia adalah soal harga diri, dan saya bergelut untuk mempertahankan maruah orang melayu dengan tidak membiarkan ia terlepas terutamanya mana-mana yang menjadi aset strategik kepada negara. Dan kos yang terpaksa saya tanggung bernilai RM 2.4 bilion." - Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

3 comments:

Asrul Afendi Husin said...

Belum baca buku ni. Saty-satunya buku aku khatam adalah biografi Dr M. Bebaloi baca. :)

alan said...

buku tu akupun dah baca :P

依之汉 said...

Saya beli buku ini (versi BI sebab ada promo MPH).

Apabila membacanya, saya seperti anda juga. Kagum dengan sifat beliau yang menjaga maruah diri sebagai Melayu. Walaupun kalau ikut salahsiah keluarga, beliau bukanlah Melayu tulen. Namun sikap dan maruah beliau betul melambangkan anak jadi Tanah Melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...