Followers

Wednesday, December 05, 2012

Polis Buat Kerja Gila


Dua lelaki warga Colombia yang ditahan pada 12 Nov lepas kerana kes pecah rumah, meloloskan diri daripada kawalan polis ketika dalam perjalanan ke mahkamah di Petaling Jaya, semalam.

Kejadian berlaku ketika Martin Rodriguez Yerson David, 26, dan Sana Bria Florian Jorge Luis, 22, serta lapan tahanan lain dibawa dari lokap bersepadu di Shah Alam untuk didakwa di mahkamah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata kehilangan dua tahanan terbabit hanya disedari polis apabila mereka tiba di mahkamah pada jam 11.20 pagi.

Kesemua tahanan itu diiring tiga anggota polis iaitu seorang pemandu dan dua bertindak sebagai pengiring, katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau juga tidak menolak kejadian berlaku akibat kecuaian pihak polis dan menegaskan siasatan dijalankan secara terperinci.

Gila macam mana boleh jadi macam ni. Nampak sangat pihak polis buat kerja sambil lewa. Takkanlah tak ada polis yang duduk bersama dengan tahanan tu didalam kenderaan. Siasat lah betul betul. Bahaya wooo kes macam ni.

1 comment:

oldman said...

Polis ni manusia biasa macam lain penjawat awam juga ada kelemahan kealpaan tugasan polis ni memang berat beban keja yg tak habis untuk menguatkuasa undang2 usah menuding jari mencari kesalahan memang mudah memang seronok..kalau nak kata keje GILA tu yang mencadangkan dan meluluskan VISA ON ARRIVAL ada ke negara yg buat macam kita ni kita tenguk kemasukan sampah hitam Afrika dan lain negera saolah tidak tekawal dia orang buat negeri ni macam negara mak bapak dia orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...