Followers

Thursday, December 06, 2012

IVolunteer Mencatat 1.5 Juta Sukarelawan Belia


Sasaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menggalakkan penglibatan belia menjadi sukarelawan mencapai matlamat apabila jumlah pendaftaran menerusi portal iVolunteer sudah mencecah 1.5 juta orang setakat awal bulan ini.

Timbalan Menterinya, Senator Gan Ping Sieu berkata, sasaran awal kementerian ialah sejuta sukarelawan dalam kalangan belia yang berusia 15 hingga 40 tahun.

"Ini satu perkembangan yang menggalakkan kerana KBS berjaya menghimpunkan sukarelawan yang berminat untuk memberikan khidmat mereka dalam pelbagai bidang.

"Sambutan memberangsangkan ini mungkin didorong oleh usaha KBS dan kerajaan menyediakan platform yang lebih teratur kepada sukarelawan di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sempena Persidangan Antarabangsa On Youth Volunteers As Enablers For Conflict Prevention antara Pusat Belia Antarabangsa (IYC), sebuah institusi di bawah KBS dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed (gambar) dan Timbalan Naib Canselor (Kajian dan Inovasi) UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Saleh Jaafar bagi meningkatkan kerjasama dan kepakaran dalam penganjuran aktiviti berkaitan dengan belia.

1 comment:

shaFazie said...

ko xjoin kew?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...