Followers

Sunday, December 30, 2012

Coretan Akhir 2012


Lagi sehari, kita akan meninggalkan tahun 2012. Sepanjang tahun 2012, pelbagai peristiwa telah aku tempuhi. Daripada soal kerja sehinggalah kepada soal hati dan perasaan.

Tahun 2012 juga telah berlaku pelbagai peristiwa besar di dunia. Negara negara arab masih bergelut dengan musibah apabila pemimpin diktator ditumbangkan satu demi satu. Bermula di Tunisia pada 2011, ianya merebak kepada Mesir, Libya dan Syria. Pada akhirnya pemimpin Libya, Muamar Gadafi telahpun dibunuh kejam. Hosni Mubarak pemimpin Mesir dihukum penjara dan Presiden Syria masih lagi berperang dengan rakyatnya sendiri sehingga sekarang.

Akibat penentangan rakyat sendiri, negara Libya dan Mesir masih lagi bergolak tanpa mencapai titik pendamaian. Manakala di Syria, rakyatnya masih lagi berhadapan dengan serangan tentera dan ramai orang yang tidak bersalah telah terkorban khususnya wanita dan kanak kanak.

Tak lupa juga penduduk Palestin telah dibunuh dengan kejam apabila tentera yahudi zionis mengebom Gaza atas alasan mereka memburu pejuang Hamas yang melancarkan serangan roket. Dan baru baru ini, jutaan penduduk dunia menanti dengan perasaan bercampur baur apabila memikirkan soal kononnya kiamat akan berlaku pada 21.12.2012 yang lalu. Ternyata sangkaan mereka semua meleset belaka.

Di dalam negara pula, rakyat berhadapan dengan perusuh gila Bersih 3.0 yang membuatkan hidup mereka terganggu. Sementara itu Kerajaan memberikan bantuan BR1M dan juga lain lain bantuan kepada rakyat untuk sepanjang tahun 2012 ini.

Begitulah perjalanan hidup untuk tahun 2012 ini. Dalam setahun, terasa semakin singkat masa berlalu. Inilah petanda bahawa kita sudahpun berada di akhir zaman. Dan bagaimana pula kita di tahun 2013, semuanya masih lagi menjadi tandatanya.

Apa yang aku harapkan, adalah kita semua dapat melalui tahun akan datang dengan suasana yang lebih aman dan gembira daripada sekarang. Semoga tiada lagi peristiwa yang menyebabkan pertumpahan darah dan suasana huru hara. Dan lebih penting, semoga hidup aku akan menjadi lebih baik untuk tahun tahun mendatang.

3 comments:

Asrul Afendi Husin said...

keja baru ke tahun depan?

alan said...

memang keje baru tapi kena carilah..

shaFazie said...

selamat tahun baru bro...
smga dpt kerja br k...chaiyokk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...