Followers

Friday, November 23, 2012

Tiga Cara Untuk Menjimatkan Bateri Telefon Pintar


Akhir zaman ni, manusia dan telefon pintar memang tak boleh dipisahkan. Baik disekolah, kebun getah, masjid hatta tanah perkuburan sekalipun, mesti ada manusia yang menggunakan telefon pintar. Walaupun mereka menggunakan jenama telefon yang berbeza tetapi kebanyakkan pengguna berkongsi masalah yang sama iaitu masalah bateri cepat habis.

Berpegang pada prinsip "Sharing Is Caring", aku nak kongsikan tiga cara untuk menjimatkan bateri telefon korang tu.

Tukar Setting Telefon Pintar
Data, WiFi dan juga GPS adalah antara punca mengapa kuasa bateri cepat habis. Setiap kali telefon korang menghantar ataupun menerima data melalui internet mahupun GPS, ianya akan menggunakan banyak kuasa bateri.

Oleh itu sekiranya korang tidak menggunakan internet mahupun GPS, sila pastikan korang menutup aplikasi GPS,WiFi dan juga servis data.


Caj Bateri Semasa Memandu
Buat pengguna telefon yang mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta, korang boleh mengambil peluang semasa memandu untuk mengecas bateri telefon korang. Tetapi sila pastikan pengecas bateri yang korang gunakan adalah barangan original, bukan buatan China. Maklumlah barang buatan China ni selalunya tidak menepati spesifikasi Sirim. Oleh itu risiko untuk terbakar atau rosak amatlah tinggi.

Elakkan memasang alat pengecas bateri semasa korang menghidup atau mematikan enjin kenderaan. Bimbang nanti ianya boleh "menangkap" telefon korang. Tak pasal pasal telefon korang boleh hangus macam tu je.

Gunakan Kecerahan Skrin Yang Bersesuaian
Telefon pintar memang diakui mempunyai skrin yang cantik dan terang. Namun korang tak perlulah menetapkan kecerahan sehingga tahap maksimum. Melainkan korang rasa nak jadikan telefon korang sebagai ganti kepada lampu kalimantang, itu aku no komen ler.

Korang hanya perlu setkan kecerahan yang sederhana. Sekadar boleh melihat, menjalankan aplikasi dan sedap mata memandang sudah cukuplah.

Itu jelah tips yang dapat aku share kan. Lagipun memang inilah yang aku buat untuk pastikan bateri BB aku tak habis habis. Melainkan aku pergi jauh dan tak bawak pengecas bateri. Itu lain cerita kan. Selebihnya korang boleh google sendirilah yek.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...