Followers

Monday, November 05, 2012

Jalan Jalan Cari Tayar


Dah lama aku tak update. Bukan malas tapi saja nak tunggu moment yang terbaik *nampak tipu*. Dua hari cuti ni aku asyik berjalan je. Yelah memandangkan aku mungkin terpaksa "pencen" tahun depan, so dengan duit yang ada aku merayau ler. Nanti bila dah takde duit camne nak merayau kan :)

Sabtu lepas aku pergi Klang. Bukan saja jalan jalan menghabiskan duit tapi cari sportrim untuk Elisya. Sportrim yang aku guna tu dah lama sangat. Sejak beli dulu, tu memang owner dia yang pilih. Dah 13 tahun pakai, barulah aku tukau baru.


Sampai kat kedai, memang banyak gile pilihan yang ada. Sampai aku jadi sakit mata nak pilih yang mana. Bukan semuanya cantik pun pada aku sebenaunya. Tu pasal aku rasa sakit mata nak pilih haha. Ada yang aku berkenan tapi tak boleh lekat pulak pada Elisya. Sebab Elisya ni jenis Iswara maka kenalah pilih rim sukan yang mempunyai 8 lubang. Nak pulak rim yang 8 lubang, tak banyak yang cantik cantik. Tu yang sakit di mata dan juga di hati.


Pilih punya pilih, aku pilihlah satu ni. Nak kata lawa tu ntah ler, tapi boleh lah. Kira ada dwi kaler pada rim tu. Bila dah order, aku pikir pikir balik. Jejari dia jarang sangat. Aku jenis tak berkenan kalau jejari jarang. Boleh nampak brek disk yang standard hodoh dan drum break belakang bodoh tu.


So aku tukau lain lak. Asyik tukau je sampai orang kedai tu dah bengang. Tapi lantaklah. Duit aku, sukati lah nak pilih berapa kali. Harga rim saja dah enam ratus lebih. Masuk tayar dah cecah seribu lebih. Tapi nasib baik tayar lama aku ada harga lagi. Tolak tayar lama, dapat RM500.Campur rim tayar baru, campur tolak tunggang terbalik, dapatlah harga lapan ratus lebih.

Tapi biasalah bila kena bab tayar, mesti ada benda nak kena tukau. Aku menyampah bila skru camber kena tukau. Harga bukan murah. Sebijik dah 40 ringgit. Kena dua belah mau 80 ringgit. Bila campur skru camber, terus jadi seribu ringgit.

Bergolok gadai, dapatlah rim sukan baru untuk Elisya. Saiz 15 so nampaklah penuh. Kalau dulu pakai 14, tayar nampak kecik je.

Ahad pulak aku pergi ke Hot Spring, Sungkai Perak. Ikut jalan Kuala Kubu, Tanjung Malim adalah dalam satu jam lebih je. Masuk cuma 12 ringgit untuk orang dewasa dan 5 ringgit untuk kanak kanak. Tempat dia cantik juga. Ada macam hutan rekreasi gitu.




Ada kolam besar siap dengan gelonsor dan air pancut macam taman tema air lain tapi air dia cuma air sejuk je. Kalau kolam air panas, dia kat belakang sikit. Ada kolam untuk rendam kaki sahaja, ada kolam untuk berendam dan kolam untuk rebus telor. Kira kalau korang rendam tu, memang boleh masak terus.



Tapi memandangkan sekarang adalah musim hujan, aku mandi air panas bercampur air hujan je lah. Nak snap gambau pun tak boleh sebab hujan lebat. Kamera akupun dah simpan dalam loker, cadang nak ambil gambar lepas siap mandi. Tapi hujan lebat membuatkan aku tak boleh nak keluar kamera. Gambau yang ada ni aku cilok dari website Hot Spring kecuali gambau signboard kat highway tu. Itu je gambau yang mampu aku ambil sebab dalam kereta tak kena hujan hehe.

3 comments:

shaFazie said...

best nye tmpt hot spring tue....

alan said...

memang best tapi pergi time hujan jadi x best

shaFazie said...

musimkan skrg ini...
tapi mmg cntiklah..nk smpai sne entah bilalah :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...