Followers

Tuesday, November 06, 2012

Bala Kahwin Tak Ada Duit


BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.

Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.

Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.

“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Bala time nak kawin, boleh pulak lari. Itulah padan muka sapa suruh ko gatal sangat nak kahwin. Orang lain kahwin, ko pun gatal nak kahwin juga. Last last ko yang lari menyorok sebab tak ada duit. Jantan bodoh bangang macam inipun ada kat dalam Malaysia. 

Sebab tak ada duitlah, aku masih bujang sampai sekarang. Kalau aku ada duit, dah lama aku kahwin. Tapi sebab tak nak jadi benda bodoh macam ni, sampai menyusahkan orang ramai, aku sanggup tunggu dulu. Kalau ada rezeki tu, kahwinlah aku. Kalau tak ada, tak apalah aku redha dengan ketentuanNya.

Yang pihak perempuan pun tamak haloba. Letak hantaran sampai RM12 ribu. Ko nak jual anak ko ke apa letak hantaran mahal mahal ni. Syirik je hantaran ni semua. Semua ni peninggalan agama hindu dulu dulu yang dianuti oleh orang melayu sebelum kedatangan islam. Dalam islam tak adapun hantaran. Yang ada cuma mas kahwin atau mahar je.

Ini bila nak kahwinkan anak, minta macam macam. Nak baju itu, sekejap nak baju ini. Nak pelamin macam singahsana anak raja dewa dari kayangan. Nak buat sesi fotografi dan makeup macam artis. Padahal IQ anak diapun cerdik sikit je dari kambing jamnapari. 

Kalau hantaran mahal sebab belanja katering, oklah aku terima. Itupun setakat belanja katering tak adalah sampai 3 4 ribu ringgit. Tapi kalau nak bazir ke pelamin, baju berkelip, sistem audio, makeup dengan fotografi macam artis. Jangan haraplah aku nak bagi duit aku. Mengarut je tu semua.

Dari Anas bin Malik ra menyebut bahawa Rasulullah SAW telah melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya : ‘Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab : Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. 

Sabda Rasulullah: ‘Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.

2 comments:

shaFazie said...

nk khwin mmg byk duit..huhu tapi biarlah berpada2kan..

insyaallah aku doakan utk ko ,smpai mse nnt smpailah jodoh ko k .

Alan said...

tq kak jijah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...