Followers

Thursday, October 25, 2012

Menyinar Bagai Kelip Kelip


Dah tengok filem 29 Febuari ? Alaa filem tu dah lama tapi bagi aku memang best. Akupun lahir pada bulan Febuari tapi bukanlah tahun lompat. Dalam filem ni, Remy Ishak dilahirkan pada tahun lompat jadi umurnya bergerak lambat. Orang lain sudah berusia 4 tahun, dia masih setahun. Macam tu lah kiranya.

Akupun nak hidup macam tu. Hidup lama dan lambat menjadi tua. Bila hidup macam tu, aku dapat melihat pelbagai peristiwa berlaku dan mengembara tanpa runsing memikirkan soal waktu. Tapi cuma satu je masalahnya, bila hanya kita seorang diri hidup begitu, kita akan melihat kehilangan ramai orang yang kita sayang.

Pertama sekali, sudah tentu kita akan melihat ibu ayah kita pergi dahulu. Dan kemudian adik beradik kita yang lain. Kemudian kita akan melihat orang yang kita cintai menjadi tua sedangkan kita langsung tidak berubah. Akhirnya orang yang kita cintai pergi didalam pangkuan kita sedangkan kita terus hidup lama. Jika kita mempunyai anak cucu, mungkin kita juga terpaksa melihat anak cucu kita menjadi tua dan pergi meninggalkan kita buat selama lamanya.


Itulah yang aku takut. Melihat orang yang aku sayangi pergi selama lamanya meninggalkan aku sedangkan aku terpaksa terus hidup keseorangan. Dalam hidup aku sekarang inipun, aku sudahpun melihat tiga orang ahli keluarga aku pergi meninggalkan aku. Aku tak tahulah sama ada aku mampu melihat yang lain pula pergi meninggalkan aku selepas ini.

Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Sesungguhnya mati itulah perkara yang pasti. Malah setiap kelahiran itu pasti akan tetap diakhiri dengan kematian. Itu adalah fitrah hidup manusia yang serba kekurangan. Cuma sebagai manusia biasa, hati aku pasti akan merasa sedih dan pedih...

"The life of the dead is placed in the memory of the living"

2 comments:

Elie Lily said...

nikmati hidup di dunia sebelum ajal menjelma.

Miss Volvo said...

klu blh aku pn nak lahir 29/2 sbb mcm unik kan HEHEHEHHE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...