Followers

Saturday, September 29, 2012

Setia Malaysia - Kenangan Kepada Tun Mahathir


Semasa kecil dahulu aku cukup suka dengan lagu ni. Masa tu RTM selalu keluar lagu ni sebelum start berita jam 8 malam. Setelah berbelas tahun berlalu, lagu ini dibuat semula oleh Malique dan Cat Farish. Walaupun dimasukkan dengan versi rap, ianya tetap menjadi kegemaran aku.


Lagu ni mengingatkan aku pada zaman Tun Mahathir menjadi PM. Aku dilahirkan dan membesar di bawah pemerintahan Tun. Boleh dikatakan waktu pemerintahan Tun, ketika itulah Malaysia mencapai zaman kegemilangan. Tun berjaya membawa Malaysia daripada negara pertanian, yang baru membangun kepada negara perindustrian dan teknologi. Malah boleh dikatakan Tun telah membina batu asas yang kukuh untuk Malaysia.

Aku yang dilahirkan pada tahun 80an dapat melihat setiap kemajuan yang dicapai Malaysia. Kuala Lumpur yang pada mulanya tidak banyak bangunan tinggi, pada hari ini mempunyai banyak bangunan tinggi melatari langit. Pulau Langkawi yang pada mulanya tidak dikenali, mula muncul diatas peta dunia sebagai destinasi pelancongan terkenal.

Pembinaan jambatan P.Pinang menjadi ikon negara apabila ianya adalah jambatan terpanjang di asia tenggara. Tun juga memulakan industri automobil negara dengan menubuhkan Proton. Kereta Proton pertama iaitu Saga menjadi detik sejarah buat rakyat Malaysia apabila negara mempunyai kereta keluaran sendiri.

Pembinaan Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) membuka mata dunia kepada negara Malaysia. KLCC juga pernah menjadi ikon dunia apabila ianya menjadi bangunan tertinggi di dunia sehinggalah ianya diganti dengan menara Taipei pada tahun 2004.

Pada tahun 1997-98, negara di asia tenggara diancam masalah kemelesetan ekonomi. Tetapi dengan kebijaksanaan Tun, Malaysia berjaya mengelak masalah ekonomi menjadi terlalu teruk malah Malaysia juga adalah antara negara yang terawal pulih ekonominya pada waktu itu.

Tun juga cukup digeruni dan dibenci oleh orang orang yahudi di barat kerana sikap berani dan telus beliau menentang dasar dasar mereka yang menzalimi orang Palestin dan negara negara membangun. Malah jasa Tun kepada mangsa perang Bosnia pada tahun 1993 cukup diingati oleh mereka.


Aku sayangkan Tun malah menganggap Tun sebagai bapaku. Walaupun aku tidak pernah berjumpa beliau, tetapi aku cukup menyayangi dia kerana jasanya, aku membesar didalam suasana aman damai, boleh belajar tanpa masalah. Boleh pergi kemana sahaja tanpa rasa diancam. Malah kemajuan dan kemakmuran yang dikecapi oleh aku sekarang adalah kerana jasa Tun memerintah dahulu.

Terima kasih Tun diatas segala jasa Tun kepada kami rakyat Malaysia. Hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh membalas semua jasa Tun. Kami sentiasa doakan Tun dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan dilindungiNya dari segala malapetaka.

Terima Kasih Tun Dr Mahathir Mohammad

5 comments:

Anonymous said...

Masa Dr. M dia tanamkan sifat patriotisme kan.

alan said...

yup :)

Miss Volvo said...

tun mahathir the best!! sedih tengok tun dah tua :(

Miss Volvo said...

tun mahathir the best!! sedih tengok tun dah tua :(

Anonymous said...

Walau aku seorg lelaki melayu yg bertubuh besar dn bermuka bengis tpi aku menangis skrng ne bila aku baca ko pnya cerita.Apa yg ko cerita smua benar belaka.Aku lahir tahun 75.Memang nmpak dgn mata aku sendiri betapa Malaysia meningkat maju di bawah pemerintahan Tun.Tpi skrng ne aku sedih sgt2 bila org memfitnah Tun.Apa nk jdi dgn bangsa aku ne.Senang percaya dgn apa yg di katakan oleh musuh Tun tnpa usul periksa.. Aku pn sama mcm ko,tk pernah bersua muka dgn Tun,tpi aku sayang sgt2 dgn Tun.Moga ALLAH panjangkn umur Tun Mahathir,di kurnia kesihatan yg sempurna dn kesenangan di dunia dn akhirat kelak.. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...