Followers

Thursday, September 13, 2012

Meriam Rentaka


Sejak zaman kesultanan melayu Melaka, orang orang melayu sudahpun kenal dan tahu menggunakan senjata api selain daripada senjata tradisi. Senjata api yang sering digunakan oleh orang melayu ketika itu ada senapang Istinggar ataupun dikenali sebagai musket, sejenis pistol yang dipanggil Terakol dan juga meriam.

Meriam yang digunakan oleh orang melayu ada dua jenis iaitu meriam besar dan juga meriam mudah alih yang lebih kecil dan juga mudah alih yang dikenali sebagai Meriam Rentaka.

Penjajah Portugis sukar menawan Melaka pada peringkat awal peperangan kerana pahlawan Melaka menggunakan meriam ini bagi mempertahankan kawasan pantai. Sehinggalah orang Melaka kehabisan peluru, barulah orang Portugis boleh mendarat dan menyerang negeri Melaka.

Meriam rentaka dibuat menggunakan tembaga ataupun besi dan berukuran diantara 50cm sehinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong.


Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...