Followers

Monday, September 24, 2012

Faedah Derma Darah


Minggu lepas ada program derma darah yang dibuat ditempat aku. Disebabkan aku takde benda nak buat jadi akupun ikut serta. Sebenarnya banyak kebaikan yang kita boleh dapat kalau kita menderma darah ni. Nak tahu apa kebaikan, korang baca je artikel kat bawah ni.

Menderma darah bukan hanya dapat menyelamatkan nyawa orang lain tetapi pada masa yang sama penderma turut menikmati faedahnya. Menderma darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru; secara tidak langsung akan meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.

Pada masa sama kecekapan badan menggunakan zat besi dalam badan akan meningkat kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baru. Proses ini membantu mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelakkan pengumpulan zat besi berlebihan di jantung yang boleh menyebabkan sakit jantung.

Setiap kali anda menderma darah, anda akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan. Ada kajian menunjukkan zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).


Orang dewasa mempunyai empat hingga lima liter darah. Setiap kali menderma jumlah darah diambil hanya 300 hingga 450 mililiter atau hanya lapan peratus darah dikeluarkan dari badan penderma. Menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan menghasilkan sel darah baru bagi mengganti darah yang diderma. Secara semula jadi, badan menggantikan semula darah ini dalam masa 72 jam.

Sel darah merah mempunyai jangka hayat antara 115 hingga 120 hari dan dalam tempoh ini ia boleh digunakan untuk menyelamatkan banyak nyawa. Badan sentiasa menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang mati (musnah) akibat tua (selepas 120 hari). Ini sebabnya penderma hanya dibenarkan menderma darah sekali dalam masa tiga bulan.

Satu unit darah (antara 300 hingga 450 mililiter) dapat menyelamatkan nyawa mangsa demam denggi, kemalangan (yang kehilangan banyak darah), ibu yang tumpah darah ketika bersalin, pesakit talassemia, anemia, leukemia dan haemofilia, mangsa kebakaran serta bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.

Aku dah menderma. Jadi korang semua bila lagi? 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...