Followers

Tuesday, July 17, 2012

Tanjung Piai Musnah Angkara Manusia


Taman Negara Tanjung Piai di sini yang disenaraikan sebagai Tapak Ramsar iaitu Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa mungkin hanya tinggal pada nama sahaja dalam tempoh kurang 10 tahun lagi.

Ia berikutan kerakusan manusia termasuk faktor alam semula jadi seperti hakisan teruk menjadi sebab untuk taman yang diliputi kira-kira 325 hektar kawasan bakau dan 400 hektar dataran berlumpur itu lenyap dalam peta dunia.

Pengurus Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Khalid Zahrom berkata, Taman Negara Tanjung Piai yang berkeluasan 926 hektar berdepan dengan empat kemelut utama iaitu habuk kayu yang dibawa oleh kapal-kapal yang melalui perairan, tumpahan minyak, sampah sarap dan masalah hakisan yang semakin meruncing.

"Ekoran masalah itu, taman ini mungkin akan ditelan laut pada tahun 2022 sekiranya masalah-masalah tersebut tidak diatasi dengan segera.

"Kesan daripada aktiviti mencuci kapal, habuk kayu yang digunakan sebagai pencuci merebak ke pesisir pantai dan akibatnya, 7,000 batang pokok bakau yang ditanam di kawasan sebelah Selat Melaka mati dan kajian dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia mengesahkan bahawa lima hektar tanah di sini berasid," jelasnya. - Kosmo

Malaysia ni sebenarnya banyak tempat tempat menarik dan berpotensi tinggi untuk dipopularkan. Tapi perangai orang Malaysia yang suka ambil mudah menyebabkan banyak tempat sebegini musnah. Bagi mereka kerosakkan alam bukan satu masalah tetapi apabila kualiti hidup merosot, pencemaran berleluasa pandai pula mereka ni melatah.


Ditambah dengan kerakusan bangsa mata sepet yang mengejar duit sampai meneroka hutan dan lereng bukit untuk projek perumahan dan kebun sayur telah memusnahkan banyak alam semulajadi di Malaysia ni. Penguatkuasaan undang undang pula terlalu lemah. Pelbagai akta digubal tetapi jika tiada tindakan diambil terhadap mereka yang melakukan kerosakkan, akta itu hanya tinggal sebagai akta saja. Ibarat papan tanda jalan yang ditampal dengan iklan ubat kuat. Langsung tak berguna apa apa.

Masalah pihak berkuasa yang tidak peka menambah burukkan lagi masalah ini. Aduan yang dibuat, sering dipandang sepi. Malah seolah olah ada pakatan pula diantara pihak berkuasa dengan penjenayah alam sekitar.Penjanayah ini kebal dan boleh melakukan sesuka hati mereka tanpa ditegah.

Tanpa tindakan tegas dari pihak berkuasa, maka tiadalah jalan penyelesaian untuk masalah ini. Pihak berkuasa perlu mengenakan hukuman yang keras kepada penjenayah alam sekitar ini. Jika sekadar denda wang, mereka tidak akan merasa apa apa kerana mereka sudah kaya. Mereka ini perlu dihukum penjara dan sebat mandatori barulah boleh mendatangkan rasa gerun kepada orang lain.

Kerajaan perlu menyediakan peruntukan khas untuk menjaga alam sekitar. Perbaiki segera sebarang kerosakkan khususnya kawasan pantai untuk mengelakkan masalah bertambah buruk. Adakah lebih banyak kempen kesedaran dikalangan orang awam supaya mereka lebih menghargai alam sekita. Ingatlah alam sekitar ini bukan boleh ditukar ganti. Hanya inilah sahaja dunia kita. Jika kita tidak menjaga dunia ini, siapa lagi yang harus memikul tanggungjawap ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...