Followers

Wednesday, July 04, 2012

Mendung Tak Bererti Hujan


Hidup ini adalah satu misteri. Setiap hari kita tidak boleh menjangka apa yang akan bakal berlaku. Walaupun kita melakukan perkara rutin setiap hari seperti pergi kerja dan lain lain, tetap akan berlaku sesuatu yang tidak pernah kita fikirkan.

Begitu juga soal cinta dan jodoh. Ada yang bercinta bertahun tahun tetapi akhirnya berkahwin dengan orang lain jua. Ada yang baru kenal seminggu, sebulan terus ke jinjang pelamin. Ada juga yang hampir mencapai pelamin tetapi sesuatu menimpa sehingga pelamin angannya musnah. Paling menyedihkan mereka yang melangsungkan perkahwinan tetapi akhirnya hancur dipenghujung hari. Ini bukan sahaja menghancurkan hati kedua belah pihak malah turut menghancurkan hati dan hidup anak anak.

Aku sendiri juga sering melalui pengalaman sebegini. Sehinggakan ada masanya aku sudah tidak sanggup lagi meneruskan hidup ini. Tapi dengan sokongan rakan rakan, aku dapat melalui saat saat yang sukar ini. Cuma aku tidak pasti, berapa lama lagi aku mampu bertahan. Bertahan menanggung beban yang semakin mencabar. Aku juga faham rakan rakan juga tidak selalunya dapat berada disisi untuk menjaga aku kerana mereka juga mempunyai tanggungjawap sendiri.


Semua ini adalah ketentuanNya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berusaha tetapi untuk menjadikannya kenyataan, tetap kepada ketentuanNya jua. Dan selagi mampu, aku akan tetap cuba bertahan dan bangkit semula dari kegagalan. Walaupun hati yang terluka akan pulih tetapi kesan parutnya tetap akan terasa sehingga keakhir hayat.

Masa lalu kita di dalam hidupku
Dapatkah ku jadikan putih
Kegagalan cintaku jua keyakinan
Ku goyah oleh keadaan

Mendung tak bererti hujan
Yakinlah itu satu cobaan
Masih ada ruang kesempatan memilikinya

Aku ingin mencari ketenangan diri
Agar hidup ini
Bukanlah sekadar mimpi

1 comment:

Afzainizam said...

mendung dan hujan lebat dihati tiada siapa yg tahu......
hnya senyuman yg dpt menutupi segala2nya.....
selagi bisa bertahan..
terus berbekam di hati...
namun..
andai tidak tertanggung...
biar kan sahaja ia tercurah.........
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair bumper kemek kedalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...