Followers

Monday, July 16, 2012

Malaysia Dijajah Setelah 55 Tahun Merdeka


SISI baik dan buruk, semuanya ada di Chow Kit. Tepuk dada tanya selera. Itu antara kupasan ruangan ini, semalam. Bagaimanapun, kawasan legenda itu kini sudah berubah ‘wajah’ seolah-olah mini Jakarta angkara warga tempatan yang sanggup mengalibabakan lesen perniagaan mereka bagi mengaut keuntungan atas angin.

KUALA LUMPUR: Lagu berirama dendangan Rhoma Irama, papan tanda pengurup wang Rupiah, kemudahan perbankan khas untuk warga Indonesia dan kaunter tiket perkhidmatan feri ke Batam dan Dumai yang memenuhi setiap sudut Jalan Tuanku Abdul Rahman di sekitar Chow Kit di sini, menjadikan kawasan itu seperti Jakarta serta Surabaya.

Itulah realiti yang berlaku di Chow Kit sejak lebih dua dekad lalu apabila ia ‘dijajah’ warga Indonesia terutama dari Acheh.

Jika dulu pelbagai kuih-muih tempatan dijual warga tempatan di kawasan itu, tetapi kini kita boleh membeli juadah Indonesia seperti bakso dan soto dengan lebih mudah apabila muncul ramai peniaga warga Indonesia di situ.

Tidak cukup dengan memonopoli perniagaan pakaian dan makanan, warga asing terbabit juga semakin berani menjadikan Chow Kit seperti milik mereka dengan menjalankan pelbagai perniagaan seperti menjual buah-buahan, sayuran, pelbagai barang keperluan dan macam-macam lagi. - Harian Metro

Inilah realiti kat Malaysia ni. Orang politik gilakan kuasa, tapi dorang tak sedar yang sedikit demi sedikit tanah air ini dijajah oleh bangsa asing. Bermula dengan orang Indon, diikuti dengan orang Bangla, Nepal dan sekarang muka dikuasai orang Negro.

Pergilah ceruk manapun di Malaysia ni, pasti akan nampak kelibat pendatang asing ni. Kehadiran mereka seolah olah tidak lagi menjadi masalah. Tanpa sedar, mereka terus menguasai sektor pekerjaan dan sekarang mereka juga cuba memonopoli ekonomi negara.

Semua ni terjadi sebab orang Malaysia yang semakin malas dan leka. Semuanya diharapkan pada orang asing. Sejarah membuktikan tamadun hebat seperti Rom tumbang kerana orang Rom semakin lemah kerana diuliti kemewahan sehingga menyerahkan segala urusan kepada hamba atau pekerja asing. Diakhir zaman empayar mereka, mereka meminta tentera upahan iaitu orang asing menjaga empayar mereka tetapi akhirnya tentera asing inilah yang menyerang dan menghancurkan mereka.

Sejarah akan sentiasa berulang. Manusia yang tidak mempelajari sejarah akan sentiasa mengulangi kesalahan yang pernah dibuat oleh generasi terdahulu.Harap kerajaan tidak lagi mengulangi kesilapan yang pernah dibuat oleh orang dahulu. Banteras segara pendatang asing dan ketatkan syarat warganegara. Jangan sesekali memberikan mereka ruang untuk menguasai negara ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...