Followers

Monday, June 25, 2012

Terlerai Sudah Ikatan Janji


Cinta yang cuba kupertahankan selama 2 tahun lebih akhirnya terlerai juga. Mungkinkah ianya akan bersambung atau tidak, aku dah malas nak fikir. Mungkin ini adalah pengakhiran yang terbaik memandangkan usiaku di atas dunia ini juga semakin suntuk.

Dikala usia ini, mencari cinta bukan lagi keutamaan seperti 10 tahun dahulu. Aku sudah menghabiskan hampir separuh hidup ini berkelana mencari cinta tetapi akhirnya sia sia. Mungkin ianya sudahpun tercatat di Loh Mahfuz bahawa aku tidak akan temui cinta dihayat ini.

Aku juga semakin selesa menghabiskan sisa hidup ini sendirian. Memberi sepenuh perhatian kepada diri sendiri adalah lebih baik daripada memberi perhatian kepada orang lain. Kadangkala didalam hidup ini, kita terlalu mengambil berat terhadap orang lain sedangkan diri kita menderita tanpa kita sedari. Dan akhirnya kita hanya memusnahkan diri sendiri.


People cry not because they're weak..Its because they're been strong for too long....

3 comments:

Ieqa Swetluv said...

sabarlah.. ada yg lebih baik untuk kamu sbnarnya...

Afzainizam said...

lahhh lama nya tu....

tak usah di pikirkan sangat...
ada rezeki ada lah jodoh...

yang penting usaha ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy paintless dent removal

Afzainizam said...

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar.

Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap.

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...