Followers

Wednesday, June 20, 2012

Seminar Antarabangsa


Macam biasa dah lama aku tak update blog ni. Ada beberapa cerita sebenarnya tapi bila nak update, rasa malas pulak hehehe. Nantilah aku update. Kali ni aku nak cerita bab ini dulu.


Minggu lepas aku menghadiri satu seminar antarabangsa anjuran MYKMU, Naza World dan juga Generasi Bistari iaitu Seminar Fiqh Mentaati Pemimpin. Seminar yang diadakan di PWTC dihadiri lebih seratus peserta. Seminar ini menjemput ulama dan cendiakawan islam dari luar negara seperti Mesir, Arab Saudi dan juga Palestin.


Mereka membentangkan kertas kerja dan membincangkan mengenai masalah umat islam pada hari ini, bagaimana rakyat perlu taat kepada pemimpin dan sebagainya. Motif seminar ini bukanlah berkaitan politik sebaliknya mengenai hubungan antara rakyat dan pemerintah.


Disebabkan hampir semua pembentang kertas kerja ini adalah pak Arab maka mereka menggunakan bahasa Arab. Terkebil kebil aku dengar dorang cakap Arab. Nasib baik ada translator ni. Pakai benda ni bolehlah dengar penterjemah cakap bahasa melayu.

Banyak benda boleh dipelajari daripada seminar macam ni. Dengar pendapat tokoh ilmuan luar negara ni boleh membuka minda, nak pulak bila membabitkan benda benda baru. Paling best mestilah bab makan. Makan freekan hehehe. Lauk kambing lak tu hari hari. Feveret tol hehehe.

3 comments:

asrul said...

orang penting jugak la ni

alan said...

aku ni wakil media hehe

Afzainizam said...

bagus jugak kalau dapat prgi ni...
banyak manfaat boleh dapat dari pandangan cerdik pandai disana

Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy paintless dent removal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...