Followers

Tuesday, May 29, 2012

Jom Beli Nombor


Dah lama aku tak coretkan sesuatu disini. Macam biasalah kalau aku bagi alasan kerja dan tiada idea, tetap boleh diterimakan :).

Sejak semalam heboh dikatakan orang berkenaan isu nombor plat WWW1 yang dibeli oleh Sultan Johor. Nombor plat yang dibida pada harga RM520,000 memecahkan rekod bidaan tertinggi sebelum ini iaitu MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100 pada tahun lepas.

Aku taknak sentuh soal cakap kaki politik temberang dan juga cakap2 orang yang tak berkenan dalam facebook. Buang masa je layan orang macam tu. Nombor pendaftaran siri WWW ini mendapat sambutan di luar jangkaan apabila menerima 18,243 permohonan sepanjang ia dibuka untuk bidaan dari 30 April hingga 14 Mei lalu.

Nombor pendaftaran yang cantik biasanya mempunyai banyak permintaan. Aku sendiri berminat dengan nombor pendaftaran yang menarik. Tetapi tidaklah sampai membida untuk mendapatkan sesuatu nombor. Bagi aku, jika sesuatu nombor itu agak berbeza daripada nombor lain, aku sudah berpuas hati.

Misalnya nombor plat Elisya, Elisya menggunakan nombor pendaftaran dari Sabah sedangkan aku gunakan di Pahang. Sudah pasti ianya agak berlainan dari kereta lain dikampung aku. Selain itu aku juga meminati nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan untuk acara tertentu seperti SUKMA atau PROTON. Bagi aku itu adalah unik dan cukup berbeza daripada kenderaan lain.

Berbalik kepada nombor pendaftaran mahal, orang selalunya menggunakannya pada kenderaan yang mewah supaya ianya nampak setaraf. Tetapi aku lebih respek kalau dia gunakan pada kereta standard gaban macam kancil je. Kalau kancil tu siap kemek atau karat bodynya, lagilah bagus. Barulah kerek hahahaha.

5 comments:

Unknown said...

apsal x leh komen kt inbox???
Huhuhuhu..

asrul rae said...

macam na nak wat plet sabah tu?

alan said...

hanamichi: komen kat ibox? inbox mana?

alan said...

asrul: aku beli keta secondhand..memang dari sabah..ko try lah tanya jpj nk daftar keta baru dengan plat sabah.

boleh buat kot pasal kwan aku dulu beli kereta kat melaka tapi daftar plat kelantan..kena bayarlah sikit.

Afzainizam said...

eeemmm nombor plat sabah sarawak mmg cu dan unik beb.... kalau Labuan bermula huruf LA tu yang nampak macam dudok kat los angeles...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy spray paint caliper brake disk kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...