Followers

Friday, April 13, 2012

Bateri Kong


Aku tak tahu apa nama benda ni. Tapi rasanya ianya semacam bateri atau backup generator untuk komputer sekiranya berlaku masalah gangguan elektrik. Benda ini terpasang kat satu pc kat ofis aku. Pagi tadi orang ofis aku tutup benda ni.

Lepas tu aku cuba on kan balik tapi tak menyala. Akupun godek godeklah cucuk sana sini. Aku tension benda ni tak menyala so pergi tandas jap. Balik semula ke meja aku tengok benda ni dah berasap. Rupa rupanya short terus benda ni. Nasib baik aku tinggal tak lama. Orang lain memang tak perasanpun benda ni. Kalau aku tinggal lama, silap silap boleh terbakau lak ofis aku tadi.

Cepat cepat aku matikan suis cabut semua wayar dia. Bau dah hangit dah. Patutlah time aku onkan plug, dia ada bunyi macam karan padahal sebelum ini tak adapun bunyi tu. Nasib baik dia short benda ni je. Kalau dia short terus tangkap ke pc, Tak pasal pasal pc lak rosak sekali. Memang menjawaplah aku dengan bos kalau jadi camtu huhuhu.

2 comments:

Afzainizam said...

eeemmm nasib baik tak terbakooorrr hangus.. kan..kan...

EEEhhh ni power supply unit (PSU) kerr.... tapi kalu benda ni short pon pada fius je selalunya... tapi efeck gak rupanya pada pc...

aku rasa bebanan karen terlebih kot...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
pasang roof rack carrier atas kereta

asrul rae said...

Bior je lah berasap.. nati ko boleh claim insuran.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...