Followers

Tuesday, April 17, 2012

Awas - Jual Portable Hard Disk Palsu


Pernah tak korang beli portable hard disk ? Aku pernah juga beli tapi beli kat Lowyat ler dan kedai itupun memang dah bertahun wujud. Kes ini pulak terjadi masa PC Fair. Dia beli portable hard disk ini. Ntah macam mana mungkin dia rasa ada sesuatu yang pelik, diapun bukalah portable hard disk. Dan ini isi dalam portable hard disk tersebut.


Hahahahahaha sekali dalam dia pendrive je lah. Nasib baik pendrive. Siap apit dengan besi kiri kanan bagi ada rasa berat tu balance. Kalau dia letak batu je lagi tak boleh blah. Tapi memang kesianlah kalau kena benda macam ini.


Satu bendalah kalau korang beli barang barang komputer kat PC Fair ini, kebanyakkan wakil jualan ni memang payah korang nak cari balik. Sebab itu aku tak ada nak beli benda benda yang berharga lebih 100 ringgit kat PC Fair ini. Biasa aku beli dulupun cuma pendrive, headfone, mouse atau keyboard je. Time kolej dulu selalu beli cd kosong je lah sebab nak burn assiment.

Sebab itulah kalau nak beli barang komputer, belilah di kedai yang betul wujud. Jangan percaya dengan gerai jualan di tepi tepi jalan. Di Lowyat itupun ada yang kedai yang fake sebenarnya oleh itu sila pastikan kedai yang korang beli benar benar boleh dipercayai.

Sumber: Lowyat

5 comments:

asrul rae said...

nak marah kedai pun xleh gak.. sebab mana tau diorang sendiri tertipu

alan said...

asrul: apa xley marah kedai lak..kalau kedai tu wujud, bawak semula ke kedai dan suruh mereka ganti semula.

asrul rae said...

hahaha.

Tape ye gak kan. Harga RM145 tum murah sangat tu. Takkan pembeli tu tak syak apa2 sebelum beli.

Alan said...

tak tahu ler..tapi kalau time kita tgh cari satu barang, tiba tiba ada org nak jual murah, mesti kita sebat je kan..x pk pape dah..sekali kena tipu hahaha.

Afzainizam said...

eemmm penipu besorr betul lahhh... rugi habis ni kena report kat suruhan jaya pengguna..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
sport rim rs watanabe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...