Followers

Thursday, April 12, 2012

Adakah Facebook Itu Penting Untuk Anda?


Akhir zaman ini banyak perkara yang tidak pernah kita terfikir pada lima atau sepuluh tahun yang lalu. Pelbagai gajet, aplikasi dan juga laman web dicipta pada hari ini untuk memudahkan kita semua. Antara laman web ini cukup popular sekarang adalah facebook.

Aku bukan ceritakan pasal facebook sebab aku tahu hampir semua manusia dalam dunia ini kenal apa itu facebook. Cuma aku nak cakap tentang kepentingan facebook itu pada seseorang blogger. Seperti yang korang tahu, dengan facebook hampir semua orang berkomunikasi. Mereka boleh berkongsi gambar atau video tanpa dikenakan sebarang caj.

Dan boleh dikatakan setiap hari orang akan membuka laman facebook mereka sekurang kurangnya sekali sehari. Tapi aku yakin ramai yang akan buka berkali kali terutama jika bos mereka tiada di pejabat hehehehe. Ok berbalik kepada soalan, mengapa facebook itu penting kepada blogger?

Senang je, dengan facebook, korang boleh mendapat lebih ramai pengunjung ke blog korang. Caranya korang cuma perlu link / share blog korang dengan facebook, secara automatik blog korang akan terpapar kat wall facebook korang. Lebih ramai kawan didalam facebook, lebih tinggi kebarangkalian blog korang akan mendapat hits.

Jika entry blog korang itu menarik, tidak mustahil ramai pula rakan facebook korang akan sharekan link blog korang pada wall facebook mereka. Dengan cara ini blog korang akan tersebar dengan lebih meluas. Lebih banyak korang share entry blog pada facebook, lebih banyak pengunjung yang akan datang.

Cara ini amat berkesan tetapi dengan satu syarat, hendaklah mempunyai ramai kenalan. Sekiranya facebook korang hanya mempunyai satu atau dua orang rakan, sudah tentulah cara ini tak akan berjaya.

2 comments:

Afzainizam said...

Kalau ikut cara ko kata tu teorinyer guna Face book boleh buat blog kita jadi popular....

macam share Youtube dalam face book lerrr kejap ajerrr sampai menyampai...

kalau bab-bab artis-artis, gosip-gosip,kontraversi panas, scandal ehemm-ehemm , pengaruh gambar & Youtube... mmg cepat ajer tersebar..

Fomular:
Artis + Youtube + gambar+ Gosip + ngumpat + fitnah + scandal sex + kontraversi = ramai klick terus blog dan facebook kita


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
nissan ad resort y10

Alan said...

yelah kalau nak popular bolehlah guna cara ni..sekarang akupun dah guna twitter sekali..aku update blog, terus masuk dalam fb dan juga twitter.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...