Followers

Wednesday, March 28, 2012

Budak Bohsia


Dakwaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dia bersama lima rakannya warga Myanmar diculik dan dibawa lari sindiket dengan sebuah van putih dari Shah Alam ke Thailand untuk mengemis baru-baru ini adalah bohong yang direka remaja berkenaan.

Rahsia Nazatul Fadiyana Mohd Izwan, 14, atau dikenali Nana itu terbongkar selepas polis mengambil keterangan daripada remaja itu semalam. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata semua remaja Myanmar yang diambil keterangan turut mengakui mereka secara sukarela pergi berkumpulan ke Thailand untuk mengemis selepas dicadangkan sendiri oleh Nana.

Malah, katanya, ketika ditahan pihak berkuasa Thailand selepas lima minit berada dalam kereta api untuk pulang ke negara ini pada 11 Mac lalu, Nana juga dikatakan menipu pihak berkuasa negara itu dan wakil kedutaan negara ini, mereka diculik sindiket menggunakan van putih.

Menerusi keterangan dirakamkan termasuk lima remaja Myanmar, kami diberitahu Nana menghubungi semua rakan Myanmar itu pada 30 Januari untuk berjumpa di Shah Alam bagi tujuan mengemis. Selepas bertemu, mereka secara berkumpulan seramai enam orang berkeliaran di sekitar Kompleks PKNS di Seksyen 14 dan mengaku merayau-rayau di kawasan itu sehingga ke awal pagi hari sama.

kumpulan remaja itu bergerak menaiki bas ke Kuala Lumpur dan membuat keputusan mengemis secara berkumpulan dan memperoleh RM400 dalam sehari, sebelum membeli tiket ke Rantau Panjang, Kelantan.

Pada malam berkenaan, berdasarkan keterangan kumpulan remaja itu, mereka menginap di hotel murah di Jalan Haji Taib, sebelum menaiki bas ke Rantau Panjang jam 8 pagi 2 Februari.

Mereka tiba di Rantau Panjang jam 6 petang dan menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok dan bermalam di rumah bapa saudara Muhd Nur. Jam 12 tengah hari, mereka bertolak ke Bangkok menaiki kereta api di gerabak paling belakang yang tidak dikenakan bayaran dan tiba di ibu negara Thailand itu keesokannya, jam 12 tengah hari, katanya.

Menjelaskan lagi pembohongan remaja berkenaan sehingga mencetuskan keresahan masyarakat berikutan dakwaan mereka diculik sebelum ini, Zahedi berkata, setiba di Bangkok kumpulan remaja itu termasuk Nana bekerja di tapak projek perumahan dengan bantuan bapa saudara seorang remaja berkenaan.

Katanya, ketika bekerja di situ kumpulan remaja berkenaan dibayar RM20 sehari tetapi hanya mampu bertahan 36 hari sebelum Muhd Nur mengajak mereka pulang semula ke Malaysia kerana terlalu merindui ibunya di negara ini.

Bagaimanapun, selepas lima minit berada di atas kereta api untuk pulang ke negara ini mereka dicekup pihak berkuasa negara jiran dan dalam keadaan tertekan, Nana dikatakan memperdayakan pegawai berkuasa negara itu dengan cerita rekaan kononnya mereka diculik sebuah sindiket mengemis.

Punyalah bohsia budak ni sial. Konon kena culik padahal sedap enjoy kat Thailand. Elok jangan bagi balik dah budak gampang ni. Biau dia mampus kat sana. Dah lah kawan dengan Myanmar. Perangai pun sama gampangnya. Sampai mengaku dia orang Myanmar lak. Kalau dah macam tu elok ditamatkan je kerakyatan budak ni. Biau dia rasa macam mana hidup jadi pelarian.

3 comments:

asrul rae said...

cute gak kn..

Afzainizam said...

Uihhh semakin menjadi jadi plak trend ngaku kena culik... apa lahhhh ?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
masalah alternator kereta

faiz fakhirin said...

macam2 budak skang...pening kepala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...