Followers

Monday, February 20, 2012

Ada Apa Dengan Masa Depan


Aku sebenarnya dalam masalah yang agak besau sekarang ini. Walaupun aku buat buat rileks tapi hati ini sentiasa memikirkan tentang masalah ini. Masalah ini adalah berkaitan dengan kerjaya aku.

Aku pergi meeting di Kuantan minggu lepas. Disana dibincangkan mengenai prestasi pusat siber yang terdapat di setiap daerah di Pahang ini. Dan paling mengejutkan pusat siber aku adalah berada ditangga paling bawah sekali. Pusat siber aku paling teruk jumlah pengunjung.

Dan pusat siber yang paling tinggi pengunjung mencecah lebih 400 orang. Ok aku rasa tu tipu tapi itu semua tak penting bagi aku. Aku sekarang tengah memikirkan masalah ini. Bagaimana nak tarik pengunjung ke pusat siber aku. Bos aku cakap rileks je. Tak ada apahal nak risau. Yelah tu huh.

Ok bukan itu saja yang buat aku risau. Yang paling penting aku dapat tahu mungkin ini adalah tahun terakhir untuk pusat siber tu beroperasi. Kalau pusat siber tu ditutup, aku akan hilang kerja. Gila tu dowh. Mana nak cari kerja kalau umur dah tua tua macam ni. Kalau umur aku awal 20an tak apalah juga. Ini dah dekat 30 tahun. Ingat senang ke nak dapat kerja bila umur dah nak cecah angka 30 ini.

Pening pening...Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.....

4 comments:

ayunda maajis said...

ok itu ko mmg ptt risau..cpt cr keje back up

Alan said...

x tau kerja pe

asrul rae said...

megamall banyak keja kosong leni.

btw: kerja duduk, mmg rasa melepas kalu kena tutup nanti. aku rasa baik ko wat signboard besar-besar la. Cybercafe percuma.

alan said...

asrul: dah buat signboard..masalahnya orang melaysia sekarang kaya kaya..ada internet sendiri..so watpe nak dtang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...