Followers

Tuesday, January 03, 2012

Sahabat Bijak Atau Bangang ?


Setiap manusia diatas dunia ini mempunyai kawan. Tipulah kalau dia cakap dia tak ada kawan. Akupun nak kata tak ada kawan tu memang tak boleh percayalah haha. Tapi kawan aku memang tak ramai. Hendak pula yang jenis senang jumpa 24 jam. Ada seorang dua je. Yang lain lain semua duduk jauh.

Ok balik kepada cerita asal. Adakah korang nak mempunyai rakan yang bijak pandai ataupun yang jenis bodoh bangang tak bertempat? Aku mahukan kedua dua.

Ada masa kita perlukan nasihat, perlukan sokongan dan juga tunjuk ajar. Sudah tentu semua yang kita perlukan itu datangnya dari rakan yang bijak pandai. Orang yang bengap selalunya tidak mampu memberikan idea dan hujah yang kita perlukan. Sebaliknya hanya pandangan cetek dan menyakitkan hati.

Tetapi sekiranya kita sedang bosan, perlukan lawak jenaka, inilah masanya untuk rakan yang tak berapa nak pandai. Tak berapa nak pandai ni maksudnya selalu buat lawak bodoh. Lawak yang boleh buat kita gelak berguling tanpa perlu memikirkan apa maksud lawaknya.Lawak yang selalunya merapu tapi boleh buat kita tergelak.

Dalam hidup, kita perlukan keduanya. Iaitu kebijaksana dan unsur jenaka. Tanpanya, kehidupan kita akan menjadi kosong tak tidak bermakna. Sekiranya kita hanya mempunyai salah satu sahaja, hidup ini seolah olah tempang dan tidak lengkap.

Aku sekarang perlukan rakan yang agak cerdik. Mungkin kerana perubahan umur membuatkan aku perlu lebih banyak pengetahuan dan pandangan yang matang. Aku perlukan rakan yang boleh berbual mengenai isu semasa, isu isu berat. Bukan sekadar yang tahu cerita cerita hiburan dan kosong yang melalaikan.

Bersahabat dengan orang yang soleh dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi yang menghembus bara api. Pengedar minyak wangi,samaada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau bauan daripadanya ataupun sekurang kurangnya anda mendapat juga bau wangi daripadanya. 

Manakala tukang besi pula ,ia akan menyebabkan pakaian anda terbakar ataupun anda mendapat bau yang kurang enak atas hembusan bara apinya (riwayat abu daud)

7 comments:

Anonymous said...

hehe.. nk cri mmbr cerdik join forum lh.. dak pun kwan dgn org tua

Mermaid Ungu said...

bergantung kpd keadaan...

shaFazie said...

mai kwn ngan cik jieja hahaha

Alan said...

asrul: bebudak forumpun banyak takley pakai. buat bergaduh maki hamun bolehlah hehehe

Alan said...

ayunda: keadaan apa?

Alan said...

kak jijah: kak jijah nak ajar hehehe

Afzainizam said...

oohhh sahabat susah nak cari..... kawan banyak tapi kawan lari bila ada kesusahan.... payah kan....

kawan jadi sahabat jadi bakal isteri amacam ok tak

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip servis motorsikal lc135

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...