Followers

Thursday, January 19, 2012

Kaya Lepas Merompak


Seorang ahli perniagaan berputih mata apabila rumah mewahnya di Taman Century, di sini, diceroboh penjenayah menyebabkan kerugian lebih RM300,000 termasuk pelbagai jenis barang kemas seberat lebih setengah kilogram, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa yang mahu dikenali Lee, lingkungan 30-an dikatakan bersama ahli keluarga meninggalkan rumah itu kerana urusan perniagaan dan pulang jam 1.30 tengah hari.

Lee berkata, sebaik pulang ke rumah dan cuba membuka pintu, dia berasa seperti ada ‘sesuatu’ yang menghalang pintu masuk rumah itu.

Menurutnya, selepas beberapa kali ditolak, dia membuka pintu dan terkejut apabila mendapati barangan di dalam rumah berselerak.

“Saya memeriksa dalam rumah sebelum mendapati wang tunai RM50,000 dan mata wang asing bernilai RM150,000 (AS$30,000) turut hilang. Malah, perompak melarikan kunci kenderaan dan pelbagai jenis barang kemas seberat lebih setengah kilogram,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila perompak terbabit tidak melarikan peralatan elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan komputer riba.

“Saya yakin penceroboh perompak profesional kerana ‘memilih’ barang bernilai tinggi untuk dicuri dan pemeriksaan mendapati perompak mengumpil jeriji besi di tingkap belakang,” katanya.

Apak dia barang kemas sampai lebih setengah kilogram. Mesti kaya gila cina ni. Yang sengal simpan duit dengan barang kemas kat rumah buat apa. Sebab tu lah kena rompak. Yang perompak tu pulak sekarang "mesti muka ada senyum" hahahaha.

2 comments:

shaFazie said...

kes pecah rumah/opis nie makin berleluasa lorh....stp hari ade je kes..

Afzainizam said...

perompak tu kenal yang mana intan yang mana kaca.... uihhhh bukan calang-calang rompakan tuuuu... putih matooo taukey cina tuuu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
prosedur motorsikal naik flight

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...