Followers
Tuesday, January 24, 2012
Kahwin - Pilihan Atau Paksaan
Setiap manusia sudah pasti inginkan sebuah perkahwinan yang bahagia dengan insan yang dicintai. Tetapi bukan semua berpeluang mendapat perkahwinan impian sebegitu. Ada pasangan yang terkandas ditengah jalan. Bercerai diatas sebab sebab tertentu. Dan ada juga yang terpaksa kahwin dengan orang bukan pilihannya sendiri.
Aku faham ibubapa mana yang mahu melihat anak mereka tak berkahwin. Sebab itulah ada ibubapa yang sendiri mencarikan jodoh untuk anaknya. Dalam bab ini, aku sendiri sebenarnya memang tak berkenan. Bukan apa, sekiranya anak itu sudahpun mempunyai pilihan hati sendiri. Dan jika dipaksa berkahwin dengan orang lain, pedih hatinya akan berkekalan.
Hendak pula jika pasangannya itu memang tidak serasi. Selalu bergaduh dan akhirnya bercerai. Sudah pasti anak tadi akan menyalahkan ibubapanya sehingga ke hujung nyawa.
Lainlah sekiranya anaknya itu jenis sengal ubi. Tak reti berkawan atau couple. Dah tua tuapun tak reti lagi nak bercinta memang patutlah ibubapa tu yang carikan terutama kalau anak perempuan. Tapi kalau kena si anak yang dah ada pilihan sendiri, pedih kasih berpanjanganlah jawapnya.
Selalunya alasan untuk ibubapa tetapkan jodoh anaknya adalah untuk dapatkan pasangan yang baik. Ada juga nak jaga harta benda. Kononnya taknak orang lain rampas harta keluarga, so dorang settingkan anak dorang dengan geng sendiri. Ada pulak ibubapa yang jenis nak menantu kaya. Seribu satu alasanlah.
Oklah itu hak ibubapa nak menentukan siapa jodoh anaknya. Tapi seorang anak juga mempunyai hak untuk menerima ataupun tidak. Suatu kisah yang cukup menarik diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya: “Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah s.a.w kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin.”
Sabda Nabi kepada gadis itu yang bermaksud: “Patuhilah kehendak bapamu. Jawab gadis: Saya tidak akan kahwin sehingga Rasulullah s.a.w menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar , dianggap sebagai keterlaluan.
Jawab gadis: Demi Allah s.w.t, kalau begitu tugas isteri, aku tidak akan kahwin selama-lamanya. Sabda Nabi kepada bapanya: Jangan engkau paksa dia berkahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri.” (Qadaya al-Mar’ah, halaman 128).
Sebagai ibubapa, seharusnya bijak menentukan masa depan anak anak. Sekiranya calon pilihan anak itu baik maka terimalah seadanya. Dan sekiranya dirasakan kurang sesuai terutama melibatkan perangai atau moral, ibubapa perlu menerangkan kepada anak mengapa mereka menolak pilihan anaknya itu. Jelaskan dengan baik dan lemah lembut. Insyaallah si anak akan terima.
Aku harap tiada lagi isu kahwin paksa dizaman ini. Kalau calon ibubapa itu baik, dan si anak bersetuju tak mengapa. Tetapi sekira ianya mendatangkan kemudaratan pada si anak, maka lebih baik ianya dihentikan. Perkahwinan bukanlah sesuatu permainan yang boleh ditentukan sesuka hati oleh orang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
erm..nk kawin ke tak?
ayunda majlis:
Si Alan ni nk tunggu awek dia tamat sekolah dulu baru nak masuk meminang. kan Alan.
eeemmm paksa atau tak kalau dah jodoh mmg itu lahhh jodoh kita... yg penting mak bapak restu...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
demam hyperthermia hypothermia
ayunda: aku ikut ko je
asrul: erkkkkk
afzainizam: ntah ler..fikir dulu sebelum kawin hehehe
Post a Comment