Followers

Wednesday, January 25, 2012

Jiwa Kacau #


Aku sekarang tengah emo. Tersentap lepas baca novel tadi. Salah aku juga. Main tibai je beli. Sekali kena novel ending sedih. Sekarang memang sakitlah jiwa aku dibuatnya.

Aku sebenarnya sensitif kalau baca novel. Jiwa aku jenis lembut. Kalau ending sedih, memang aku rasa sakit gila gila. Rasa macam peristiwa sedih tu berlaku kat aku pulak. Sebab tu aku lebih suka membeli buku ilmiah atau politik.

Entry pasal kahwin paksa atau rela semalampun berkaitan dengan novel yang aku baca. Sebab itulah tiba tiba aku tergerak nak buat entry tu. Dan aku juga pernah menghadapi pengalaman sebegini. Terasa begitu pedih didalam hati...

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki


Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan


Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita

Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut

2 comments:

ayunda maajis said...

lalala

Afzainizam said...

jiwa kacau... boleh jadi mental beb... emo baca novel... perrghhhh

۞۞۞۞Salam Maulidur Rasul۞۞۞۞
diy pemasangan carpet dan insulflex lantai kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...