Followers

Monday, January 30, 2012

Hang Tuah - Mitos Atau Wujud

Sejak minggu lepas, orang asyik dok bising pasal Hang Tuah dengan kisah Hang Li Po. Semuanya berpunca daripada profesor cina yang bernama Khoo Kay Kim yang mengatakan Hang Tuah dan puteri Hang Li Po itu tak wujud.

Akupun tak pastilah mana satu yang benar. Si Prof ni kata berdasarkan catatan sejarah Dinasti Ming, tak wujud cerita mengenai puteri Hang li Po berkahwin dengan sultan Melaka. Oklah sebagai seorang profesor, dia bercakap kena berdasarkan bukti seperti catatan sejarah dan fakta yang sahih. Bukan kena ambil cakap cakap orang tanpa membuat kajian mendalam.

Tapi ada juga pendapat yang mengatakan puteri cina tu bukanlah puteri berpangkat sangat. Senang cakap entah anak yang keberapa, entah dari gundik mana. Sebab itulah cerita ini tidak dicatat didalam sejarah Dinasti Ming. Maklumlah bukan orang pentingpun.


Mungkin kerana itu, bagi Kerajaan Melaka perkara ini adalah perkara besar sedangkan pada Dinasti Ming, ini benda kecil je. Tak payah nak fikir sangat oleh maharaja cina ketika tu.. Dan mengenai kisah Hang Tuah, ada cerita yang mengatakan ianya adalah kisah benar. Malah kononnya masih ada keturunannya di bumi Melaka klik sini. Malah keris Tamingsari pun dikatakan wujud dan masih disimpan oleh Sultan Perak sekarang kerana Sultan Perak dikatakan berketurunan Sultan Melaka juga adanya.

Pada aku pula, aku tak pedulipun sangat sama ada Hang Tuah ini wujud ataupun tidak. Yang penting nilai nilai kesetiaan, kasih sayang dan amanah menjalankan tanggungjawap didalam cerita Hang Tuah. Itulah yang perlu dipegang oleh orang melayu.

Lagipun Hikayat Hang Tuah dan kisah puteri cina ini dikarang oleh Tun Sri Lanang selepas kejatuhan kesultanan Melaka. Mungkin kerana itu, Tun Sri Lanang mengarang cerita hikayat ini untuk menaikkan semula semangat orang melayu ketika itu. Supaya orang melayu sedar bahawa mereka dahulu pernah mempunyai kerajaan sendiri yang kuat dan ternama.

Walaupun kita tidak dapat menentukan kesahihan hikayat ini, tetapi sebagai orang melayu kita perlu jaga dan pertahankannya sebagai satu warisan bangsa. Itulah yang terlebih baik dari berbalah mengenainya.

4 comments:

asrul rae said...

yekan.. orang zaman dulu kan suka besar-besarkan daulat raja. Ntah anak gundik mana tau hangli po tu, boleh kta jadi puteri maharaja.

keris taming sari pula, dalam sejarah melyu kate dah tenggelam dalam selat singapura. Masa destar sultan jatuh dalam selat, hang tuah pun selam nak selamatkan destar tu, pas sekali kena serang buaya (ada buaya ke dalam laut?) pastu tmingsari hilang..

taming sari tu wat dengan besi kunci kaabah?

alan said...

ada banyak versi pasal tamingsari..ada yang kata hang tuah campak ke sungai melaka sebab tak dapat pinang putri gunung ledang. ada yang kata hang tuah dah pulangkan balik pada sultan sebelum resign..akupun x tau mana satu yang betul..

tapi rasanya ada pada sultan perak sekarang ni..kalau nak tahu betul ke tak keris tu tamingsari, cuba pakai..sebab ceritanya keris tu sapa pegang dia kebal..so testlah kebal ke tak time pegang hehehe.

Anonymous said...

Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Winstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

Afzainizam said...

ada versi mengatakan perkataan Hang di hadapan itu menunjukkan berbangsa china.... sio ada yang kayta hang tuah ni berketurunan cina.... so saya tak mau ulas panjang benda ni...

Nama hang tuah menjadi misteri kerana nama ada dalam buku... tetapi bukti kukuh tiada.... mmg menjadi tanda tanya alam misteri siapa hang tuah sebenarnya...

۞۞۞۞Salam Maulidur Rasul۞۞۞۞
diy pemasangan carpet dan insulflex lantai kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...