Followers

Sunday, January 08, 2012

Blind Date

Pernah tak korang mengalami peristiwa "blind date" didalam hidup korang? Aku tak pasti sama ada budak generasi sekarang masih melakukan blind date sebab sekarang adalah zaman zaman facebook.

Jadi sudah pasti mereka saling melihat foto dan mengenali rupa paras masing masing. Malah ada yang siap berskype atau YM.

Aku masa awal muda remaja dahulu selalu buat blind date. Yelah 15 tahun dahulu laman sosial tak seperti sekarang. Canggih siap boleh upload video bagai. Dahulu yang boleh kategori sebagai laman sosial paling popular adalah ruangan chat mIrc. Dan kalau canggih sikit ICQ.

Aku pasti budak sekarang sudah tidak lagi mengenali mIrc apatahlagi ICQ. YM dulupun memang tak popular sangat sampai sekarang hehehehe.

Berbalik kepada peristiwa blind date, banyak pengalaman yang aku dapat. Ok maksud blind date adalah temujanji. Ianya merujuk kepada temujanji diantara pasangan yang tak pernah berjumpa. So bila jadi macam ni, mesti banyak benda boleh berlaku.

Dalam chat macam ayat ditabur, hantar gambarpun mungkin entah gambar siapa. Jadinya bila jumpa sudah tentu hasilnya berbeza dengan apa yang diharapkan. Bila janji nak jumpa, siap cakap pakai baju warna apa. Kalau yang konon romantik, siap selit bunga kat baju. Kononya sebagai tanda supaya senang nak cam.

Tapi aku tak adalah sampai macam tu sekali. Just cakap jumpa kat mana dan pukul berapa. Bila sampai, just call je lah tanya dia kat mana. Lepas tu barulah nampak muka masing masing. Dan semua blind date aku berakhir macam tu saja. Tak ada relationship yang berlaku. Just jumpa, lepak lepak, makan makan lepas tu balik.

Mungkin masih chat atau sms dua tiga kali lepas tu terus senyap. Dan selalunya yang akan senyap dahulu adalah dari pihak perempuan. Yelah aku sedar aku siapa. Tapi tak mengapa. Aku faham yang hati dan perasaan tak boleh dipaksa.


Aku hanya anggap ianya sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan. Satu pengalaman yang mungkin generasi sekarang tidak lagi mengalaminya. Kenangan sewaktu zaman muda indah ^_^".

Adakah aku akan mengalaminya lagi selepas ini? Hanya tuhan yang tahu....

Take me to your heart
Take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is

Haven't got a clue
Show me that wonders can be true
They say nothing lasts forever
We're only here today
Love is now or never
Bring me far away

Take me to your heart
Take me to your soul
Give me your hand and hold me
Show me what love is
Be my guiding star
It's easy
Take me to your heart

5 comments:

Anonymous said...

emmm... tapi aku punya kekal lama juga. tapi kawan je lah.

malu bile ingat balik.:)

Mermaid Ungu said...

blind date celah mn nyer...

alan said...

asrul: ko nasib baik tu..kekalkan ler

alan said...

ayunda: ye aku faham...

Afzainizam said...

EEEMMM kalau kekal ok lahhh... kadang tu berkasih macam nak gilerr last last habis begitu saja

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip tersalah isi minyak kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...