Followers

Tuesday, December 13, 2011

Selaraskan Gaji Minimum


Cadangan untuk mewujudkan pelarasan gaji minimum bukan mudah dan ia perlu dilakukan secara berhati-hati kerana banyak negara gagal dalam melaksanakannya.

Ketua Pengarah Institut Kajian dan Strategi Antarabangsa, Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin berkata, pelarasan gaji minimum memang sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya dan tidak menolak kerajaan mungkin menggunakan pendekatan sektoral dan lokasi.

Tegasnya, sekiranya pelarasan gaji itu dilakukan sepenuhnya, ia boleh menyebabkan banyak syarikat terjejas.

''Sebelum ini ada yang cadangkan kenaikan dibuat sehingga RM1,200 tetapi kalau di Kuala Lumpur pelarasan itu tidak memberi banyak kesan kerana kos hidup tinggi berbanding di Sabah.

''Tetapi, kalau ia dikuatkuasakan bagi seluruh sektor, adakah operasi syarikat di Sabah atau di Kedah mampu untuk menaikkan gaji sebanyak itu?

''Sebab itu, cadangan pelarasan gaji bukan satu isu yang mudah, ia perlu dibuat dengan cukup berhati-hati,'' katanya ketika ditemui pada Forum Pelaburan anjuran MIDF Investment Bank Bhd. - Utusan Malaysia

Soal gaji minimum sudah lama dibincangkan. Tetapi sehingga hari ini masih tidak menemui penyelesaian.  Kebanyakkannya berpunca daripada kegagalan majikan untuk memberikan gaji yang lebih tinggi. Aku sangat faham masalah ini. 

Iyalah kalau kewangan syarikat tidak berapa baik, bagaimana dia boleh memberikan gaji lebih daripada yang dia mampu? Soal gaji minum mungkin boleh ditekan kepada syarikat yang benar benar kukuh. Kalau untuk syarikat yang kecil, carilah jalan seperti menaikkan lebih sedikit gaji berbanding yang diberi sekarang.

Aku dahulu pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan. Gaji aku dulu cuma RM 600 je. Bayangkan kerja 12 jam, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan. Gaji cuma RM 600. Tokey babi pun taknak kerja macam tu dengan bayaran cuma RM 600.

Bila soal gaji minimun ditimbulkan, hampir semua syarikat keselamatan membantah gaji minimum kerana bayaran gaji pengawal berdasarkan bayaran kontrak yang mereka terima. Sekiranya bayaran kontrak mereka adalah rendah, bagaimana mereka nak membayau gaji pengawal dengan harga yang tinggi?

Walaubagaimanapun, gaji minimum juga amat penting kepada para pekerja terutama untuk mereka yang berkeluarga. Aku harap Kerajaan dapat mencari penyelesaian mengenai isu ini. Cari jalan yang terbaik supaya kedua belah pihak iaitu majikan dan pekerja tidak teraniaya.

1 comment:

Afzainizam said...

woooo dah lama citer ni tapi masih belum terlaksana kalau setakat gaji zaman sekarang RM 600 mana cukup makan beb

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip pilih sport rim kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...