Followers

Thursday, December 15, 2011

Oh Peniaga Melayu


Pagi tadi, sebelum masuk ofis aku diminta oleh rakan untuk membeli sarapan pagi. Macam biasa aku pergilah ke gerai melayu. Takkan nak pergi gerai cina pulakkan.

Aku adalah dua tiga kali datang gerai ni. Nak kata sedap, tak adalah sedap sangatpun. Cuma sebab gerai ni dekat dengan rumah, tu pasal aku pergi gerai ni je. Balik pada cerita, tadi tak ramai yang ada kat gerai ni. Ok aku order nasi ayam dua, mee kari dengan teh o ais dua.

Nak jadi cerita, dorang ni lambat gila buat kerja. Aku order nasi ayam, budak ni tersengih sengih pandang aku. Dia cakap kejap baru kuar barang dari kereta. Oklah aku sabau lagi. Tapi aku panas je bila budak ni angkat barang satu satu. Lepas tu jalan melenggang macam model.

Dia angkat barang, pas pulak kat mak dia. Suruh mak dia bungkuska nasi ayam. Mak diapun sama. Jalan melenggang macam model tengah buat catwalk. makcik ni potong potong ayam, boleh pulak suruh pekerja settle semua. Makcik ni sambung duduk balik berborak telefon.

Memanglah dia tokey. Tapi bila tengok pekerja dia ada banyak kerja, dia patut tolonglah buat. Bukan bisnes orang lainpun. Tapi bisnes dia juga. Anak lelaki dia tadi, lepas angkat barang boleh duduk baca paper pulak. Apa kejadah bisnes macam ni.

Sudahnya lambat gila aku tunggu. Ni lah masalah peniaga melayu. Tahulah ko tu tokey tapi malas gila nak buat kerja. Semua main arah arah orang lain. Sebab tu lah ramai orang kata servis kedai melayu semuanya slow. Tokey anak beranak duduk kat kedai buat macam duduk rumah sendiri. Kalau duduk nak baca paper, duduk berborak baik tak payah bukak kedai.

5 comments:

ayunda maajis said...

remind la kt dia lagi skali..

shaFazie said...

biasalah tue...
nape ko tak wt sendiri je ....:D

Alan said...

ayunda: nak remind camne? ko tlg remind kan dia hehe

Alan said...

kak jijah lah tolong watkan hehehe

Afzainizam said...

lumrah peniaga kita rata-rata memang cam tu.... servis tak baik... cepat lerrr melingkup kalau tak ubah ....


usaha memang dah usaha.... tapi biarlah usaha dengan sebaiknya baru boleh kaya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip pilih sport rim kereta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...