Followers

Friday, December 02, 2011

Cipta Ipad Guna Barang Terbuang

Keajaiban cinta yang menjadi realiti kejayaan seorang lelaki yang mencipta sebuah tablet PC daripada komputer riba terpakai untuk dijadikan hadiah kepada teman wanitanya.


Wei Xinlong dan Sun Shasha merupakan pelajar senior di Jabatan Seni dan Rekabentuk di Universiti Northeast Normal di Changchun, China. Wei memerlukanmasa 10 hari dan 800 yuan (RM400) untuk membina gajet yang mempunyai berat dan ketebalan yang serupa dengan iPad 1.


Wei berkata beliau tidak mempunyai wang yang cukup untuk membelikan kekasihnya komputer baru, jadi dia mula mengkaji program-program melalui video Internet tentang bagaimana untuk membuat PC tablet. Wei turut menghabiskan banyak masa reka bentuk cover gajet ini menurut Sun. Kesemua lubang pada cover telah diukir dan digilap.

"Ini adalah hadiah terbaik bagi saya, dan saya akan menyimpannya untuk selama-lamanya," tambah Sun, yang kini telah pun menghiaskan cover gajet tersebut dengan pelekat mutiara.

Perghh gila kentang. Budjet dia cuma RM400 je. Kira murahlah buat tablet pc..Tapi apasal Apple dengan Samsung jual mahal gila? Semua $$$ heeehee...

4 comments:

Afzainizam said...

hamboiiii kalau RM400 tu kira murah sangat beb... yang Ipad kat pasaran mahal gilerr ....

pergghhhh otak genius betull....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
claim insurans motorsikal langgar kereta

Mermaid Ungu said...

hah ape lg! cepatttt buatkan satu tuk aku

Alan said...

afzainizam: tau xpe mahal gila

Alan said...

panda: kalau aku tahu buat, dah lama aku buat ler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...