Followers

Tuesday, December 20, 2011

Budak Gila Babi Minta Penyepak


Suasana di Taman Rasa Sayang, Senawang, di sini, gempar apabila seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak nekad memandu sebuah bas pekerja sejauh kira-kira satu kilometer sambil merempuh beberapa kereta milik penduduk yang berada di sekitar kawasan taman perumahan itu, semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, remaja berkenaan dipercayai terbabit dalam pergaduhan dan dalam usahanya melarikan diri, dia bersembunyi di dalam bas terbabit. Suspek kemudian dikatakan ternampak kunci berada di dalam kenderaan lalu menghidupkan enjin dan memandu bas berkenaan hingga menyebabkan berlaku perlanggaran teruk dengan beberapa kenderaan penduduk.

Selepas puas mengejar, penduduk setempat menemui bas itu di sebuah kawasan berdekatan Balai Polis Senawang termasuk suspek yang kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Saksi kejadian, Zulkifli Muhamad, 44, mendakwa dia yang berada di dalam masjid di kawasan itu terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat berulang kali seolah-olah berlaku perlanggaran.

“Sebaik keluar dari masjid, saya dapati suasana amat kecoh apabila ramai penduduk mengejar bas berkenaan yang tidak dikenal pasti pemandunya kerana gelap. Bas itu kemudian dijumpai di sebuah kawasan lapang dan penduduk yang menjalankan pemeriksaan menemui seorang remaja lelaki sedang bersembunyi di dalam bas terbabit,” katanya di sini, semalam.

Menurut beliau, bagi mengelak perkara buruk berlaku, remaja itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Gila babi budak ni. Apa dia ingat ni cerita Hollywood ke boleh bawak lari bas suka hati mak bapak dia je. Elok direjam je budak gila ni sampai mati. Hidup lamapun tak gunalah. Menyusahkan orang lain je.

3 comments:

shaFazie said...

giler tol budak itu...ada ke nyawa melayang-sory tk bc paper lg

Alan said...

kak jijah: xdeler yang mati

Afzainizam said...

handal lahhh kunonnya dia bawak bus... isshhh ni dah jadi banyak kes ... adohhhh budak ni tak ada akal kot

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
overhaul motorsikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...